Subscribe Us

header ads

El Nino Dijangka Makin Berkurang Pada Bulan Jun

cuaca panas el nino

Keadaan cuaca panas yang kini sedang melanda negara disebabkan oleh fenomena El-Nino.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Prof Madya Dr Ramzah Dambul keadaan cuaca panas ini akan semakin berkurang menjelang bulan Jun nanti.

Dalam pada itu, kata beliau lagi beberapa kawasan bandar telah memberikan petunjuk tahap gelombang haba. Walaupun cuaca panas kini sedang turun namum ia masih lagi diperingkat berjaga-jaga.


El Nino Akibatkan Cuaca Panas Melampau

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan diri ketika cuaca panas sekarang.

Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini telah terima 9 laporan masalah kesihatan yang berpunca daripada cuaca panas yang melampau di wilayah utara.

6 kes kelesuan haba dilaporkan di Kedah, manakala 2 laporan bagi kes kekejangan haba. Diperlis pula hanya mendapat 1 kes kelesuan haba.

Sementara itu di Perak satu kes Strok Haba dilaporan, sekaligus mencatatkan 6 kes strok haba setakat ini.

Masalah kesihatan ini berlaku apabila kita terdedah kepada suhu panas yang tingi sehingga kita mengalami pening kepala, pengsan, muntah dan berpeluh secara berlebihan.

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar rumah pada siang hari.


El-Nino Mengurangkan Kes Demam Denggi

Sementara itu, dalam laporan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. Ketika negara dilanda El-Nino kes demam denggi dalam pada masa yang sama menunjukkan penurunan.

Keadaan ini mungkin disebakan oleh cuaca panad dan kering. Bagi tempoh 20-26 Mac, Kes demam denggi menurun sebanyak 113 kes berbanding minggu lalu.

Post a Comment

0 Comments