Subscribe Us

header ads

Golongan Muda Kurang Minat Sains?

Golongan Muda Kurang Minat Sains?

Adakah wajar kita katakan golongan muda di Malaysia kini semakin kurang minat terhadap sains, ini ekoran hanya 15,000 orang sahaja yang memilih bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kebimbangan diluahkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia Hazami Habib, dengan situasi ini berterusan, negara akan kekurangan kepakaran dalam bidang sains akibat kurangnya minat-minat dikalangan penuntut.

Keadaan ini adalah satu kerugian besar, kerana lebih kurang 30,000 tempat bagi pengajian ini disediakan namum hanya sepatuh sahaja yang berminat untuk mengisi bidang ini.

Faktor kerjaya, mungkin menjadi punca minat dalam bidang sains semakin kurang. Ramai generasi muda yang lebih berminat untuk memilih bidang kejuruteraan serta perubatan sebagai kerjaya dimasa hadapan mereka.

Bagi memastikan minat terhadap Sains tidak menguncup, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan lebih banyak program STI, salah satunya adalah Program Duta Sains.

Usaha lebih gigih daripada kementerian ini perlu ditingkatkan, bermual daripada peringkat sekolah lagi, agar generasi muda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains.

Dalam pada itu, kesedaran terhadap peaung kerjaya dalam bidang sains juga perlu didedahkan kepada generasi muda. Sambil itu peluang kerjaya dalam bidang sains perlu dibuka lebih luas lagi.

untuk tahun ini sahaja, MOSTI memperuntukkan RM20 juta untuk menjalankan dan melaksanakan program STI agar ia menjadi jiwa kepada anak-anak muda.

Post a Comment

0 Comments