Subscribe Us

header ads

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 10 Sen, Diesel Naik 20 Sen

Harga petrol ron97 dan ron95 bulan april 2016

Harga Petrol RON95, RON97 Bulan April.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi bulan April 2016 dinaikkan sebanyak 10 sen seliter, berkuatkuasa pada tengah malam 31 Mac 2016.

Ini menjadikan harga terkini RON95 adalah RM1.70/liter, dan RON97 pula kini berharga RM2.05/liter.

Untuk Diesel, selepas dinaikkan sebanyak 20 sen harga Diesel adalah RM1.55/liter.

Peningkatan ini dinyatak selaras dengan harga minyak mentah dunia yang kian naik selepas mencecah paras harga terendah pada bulan februari lalu.

Harag minyak mentah pada bulan februari adalah sekitar AS$30 setong, dan kini hargnya sudah mulai naik sekitar harga AS$38.30 setong.

Berikut adalah rekod naik turun harga minyak sejak Januari-April 2016:


April
RON97 RM2.05 naik 10 sen
RON95 RM1.70 naik 10 sen
Diesel RM1.55 naik 20 sen

Mac
RON97 RM1.95 turun 10 sen
RON95 RM1.60 turun 15 sen
Diesel RM1.35 kekal

Feb
RON97 RM2.05 turun 20 sen
RON95 RM1.75 turun 10 sen
Diesel RM1.35 turun 25 sen

Jan
RON97 RM2.25 turun 20 sen
RON95 RM1.85 turun 10 sen
Diesel RM1.60 turun 30 sen

Post a Comment

0 Comments