Jalan tersebut suatu ketika dulu pernah menghubungkan Jalan Sahabat ke Batu 12,Kampung Tasoh dengan jaraknya kira-kira 1 kilometer.
Selepas pembinaan Empangan Timah Tasoh siap, sejak tahun 1994 jalan itu tidak lagi boleh digunakan oleh penduduk disebabkan air mulai memenuhi dikawasan itu dalam anggaran keluasan 4 padang bolasepak.
Kini air telah surut mendadak, dan ada penduduk yang mulai menggunakan jalan itu. Cuaca panas yang disebabkan oleh fenomena El-Nino ini memberi kesna yang agak ketara. Sama seperti di Temerloh, Pahang, air sungai telah surut luar biasa.
Berikut adalah beberapa gambar dikawasan jalan yang lenyap kini timbul kembali.
Kredit Gambar : SiakapKeli
0 Comments