Subscribe Us

header ads

Jualan Barangan Di Internet Perlu Daftar Dengan SSM Bermula 2017

Jualan Barangan Di Internet Perlu Daftar Dengan SSM Bermula 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan dasar setiap individu yang menjual barangan di internet atau secara online diawajibkan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula pada tahun 2017.

Peraturan ini juga akan melibatkan kesemua jenis bentuk penjualan termasuk jualan secara 'one-off' iaitu walaupun hanya menjual satu barang sahaja juga perlu berdaftar dengan SSM.

Dan sekiranya barang itu tidak terjual dalam masa 30-hari, penjual terbabit kena mendaftar sekali lagi untuk tempoh 30 hari lagi.

Langkah ini menurut Menteri Perdaganga Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzag Zainudin adalah untuk memastikan hak pengguna terjamin dan ia juga boleh mengekang aktiviti penipuan urusan jual beli secara online.

Peraturan ini sememangnya amat penting buat pengguna agar tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang suka membuat penipuan dan mengambil kesempatan.

Post a Comment

0 Comments