Subscribe Us

header ads

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Proton

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Proton

Tun Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings bermula 30  Mac 2016.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Tun M menerusi kenyataan media, surat perletakkan jawatan iu telah dihantar kepada Pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Selain itu Tun M juga secara rasmi telah melepaskan beberapa jawatan lain iaitu Canselor Universiti Teknologi Petronas, penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).

Sebelum ini, pada 11 Mac barisan Kabinet telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Tun M selaku penasihat Petronas. Alasannya adalah kerana Tun M tidak lagi menyokong kerajaan yang memerintah pada ketika ini.

Proton adalah idea Tun M ketika diawal pemerintahan beliau ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Proton ditubuhkan pada tahun 1983, dan berjaya mengeluarkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga pada tahun 1985.

 

Post a Comment

0 Comments