Krisis 1MDB sememangnya menjadi isu hangat bagi rakyat Malaysia, berita terkini Bank Negara Malaysia telah bertindak mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan terbabit untuk sebab kegagalan 1MDB mematuhi sepenuhnya arahan yang telah dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
1MDB juga perlu menghantar semula wang dkirim ke luar negara berikutan pembatalan 3 kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB untuk tahun 2009, 2010 dan 2011.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan, 1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dalam memberikan alasan kukuh berkenaan ketidakupayaan pihak 1MDB dalam mematui semua arahan penghantaran balik ini.
Surat kompaun yang dikeluarkan oleh Bank Pusat ini telah mendapat keizinan daripada Peguam Negara. Dan Pihak 1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei 2016 untk menjelaskan bayaran kompaun tersebut.
Namum berapa jumlah kompuan yang perlu dibayar oleh 1MDB tidak pula didedahkan.
0 Comments