Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru selepas persaraan Tan Sri Dr. Zeti Aziz.
Datuk Muhammad Ibrahim juga merupakan timbalan Gabenor Bank Negara sebelum ini, beliau juga sudah berkhidmat bersama Bank Negara Malaysia sejak tahun 1984.
Beliau berpengalaman berkhidmat dalam bidang pengawalan dan penyeliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan dan perbendaharaan luar pesisir serta pasaran kewangan.
Datuk Muhammad Ibrahim berkelulusan ijazah sarjana daripada Universiti Harvard, ijazah perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma pascaijazah dalam Kewangan dan Perbankan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Antara pengalaman Datuk Muhammad Ibrahim adalah :-
1. Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, iaitu agensi permodalan semula bank yang ditubuhkan semasa krisis kewangan Asia.
2. Mantan pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
3. Ahli majlis Malaysian Institute of Accountants.
4. Pemegang amanah Majlis Kursi Tun Ismail Ali.
5. Ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
6. Ahli majlis Malaysian Bankers Institute
7. Felo Bersekutu Institut Bank-Bank Malaysia
8. Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
9. Pengarah bebas dalam lembaga pengarah PETRONAS
Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 yang menjadi bank pusat di negara ini.
Tan Sri Ismail Mohd Ali menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia Paling lama, manakala Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman adalah Gabenor Bank Negara yang paling singkat berkhidmat.
Senarai Gabenor Bank Negara Malaysia
Tan Sri W H Wilcock : Januari 1959 - Julai 1962Tun Ismail Mohd Ali : Julai 1962 - Julai 1980 18
Tan Sri Abdul Aziz Taha : Julau 1980 - Jun 1985
Tan Sri Dato' Jaffar Hussein : Jun 1985 - Mei 1994
Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don : Mei 1994 - Ogos 1998
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman : September 1998 - April 2000
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz : Mei 2000 - April 2016
Datuk Muhammad Ibrahim : Mei 2016 - kini
0 Comments