Subscribe Us

header ads

Detik Kelahiran Malaysiakini.Com

MalaysiaKini.com - Satu nama yang gah sebagai lama portal berita yang menjadi pilihan ramai.

Namum kita cuba pergi jauh dari garis masa, sewaktu awal penubuhan MalaysiaKini pada bulan November tahun 1998. Dua bulan selepas Datuk Seri Anuar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Idea awal yang membawa terciptanya Malaysiakini adalah mewujudkan sebuah akhbar bawah tanah dengan menekankan kepada berita yang bebas bukan daripada sebelah pihak sahaja.

Premesh Chandran
Premesh Chandran.
Idea ini datang kepada pengasas bersama, Premesh Chandran ketika sedang lepad di kedai mamak di Petaling Jaya. Beliau juga merupakan bekas wartawan akhbar The Sun dan pada ketika bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC).

Daripada situlah timbulnya juga idea untuk menghasilkan sebuah laman web berita.

Pada awalnya Malaysia Kini hanya mahu mengumpulkan tidak lebih daripada 4 orang dan menerbitkan 3 hingga 5 berita setiap hari.

Dan laman web tersebut akan dibiayai melalui dana sumbangan dan pendapatan daripada bisnes sampingan warung siber.

Selepas itu Premesh telah menulis satu 'kertas kerja' untuk dibaca beberapa individu yang berminat. Kertas kerja tersebut berjudul 'The Daily Diet - it's free, fast dan true'

Hasilnya mereka berjaya mengumpul RM30,000 hasil sumbangan 6 individu, dan digunakan untuk membeli sebuah warung di SS2, Petaling Jaya. Disinilah juga menjadi markas pertama laman web itu.

Akhirnya namam 'Malaysiakini.om' dipilih dan didaftarkan pada bulan April 1999. Cogan kata mereka pada ketika itu adalah 'Only the news that matters'.

Tapi sayang pasa bulan Julai, warung kafe tersebut telah alami kerugian dan telah dijual.

Steven Gan
Steven Gan
Ketika usaha mereka seolah-olah hilang punca, namum menurut seorang lagi pengasasnya, Steven Gan, Malaysiakini telah berjaya mendapat kepercayaan daripada Pakatan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) dengan memberi geran AS$100,000.

Pada 1 oktober, pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat 4 sebuah rumah kedai dekat Jaya Supermarket (kini telah dirobohkan) di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Tak sampai seminggu, ujian getir buat Malaysiakini bermula. Pada bulan November 1999, Tun Mahathir Perdana Menteri pada ketika itu telah mengumumkan pembubaran Parlimen.

Jadi tugasa pertama Malaysiakini adalah untuk membuat liputan mengenai hari penamaan calon pada 20 november 1999.

Tahukah anda, Malaysiakini versi 1.0, ketika pertama kali beroperasi diselenggarakan oleh pereka web berusia 19 tahun,  Sarah Shazreena Sharin.

Dan 3 wartawan Malaysiakini melaport diri pada ketika itu adalah Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur - turut serta adalah beberapa sukarelawan.

Kini nama Malaysiakini.com gah menjadi portal berita pilihan di Malaysia. Malah namanya ratingnya lebih tinggi berbanding  beberapa nama besar media di 'arus perdana'.

logo lama malaysiakini.com
Logo lama Malaysiakini.com

logo terkini malaysiakini (2016)
Logo terkini Malaysiakini.com (2016)



Post a Comment

0 Comments