Subscribe Us

header ads

Diserang Pocong, 50 Murid Termasuk Cikgu Histeria Di Kota Bharu

Diserang Pocong, 50 Murid Termasuk Cikgu Histeria

Kejadian mistik yang berlaku di sebuah sekolah menengah di sini telah menyebabkan lebih 50 orang pelajar perempuan termasuk cikgu telah diserang histeria.

Ada beberapa pelajar mendakwa ternampak kelibat makhluk halus seperti pocong dan pontianak.

Disebabkan kekecohan ini, sekolah menengah terbabit telah mengumumkan cuti peristiwa pada keesokkan harinya. Namum para guru tetap perlu bertugas seperti biasa.

Diserang Pocong, 50 Murid Termasuk Cikgu Histeria

Kejadian histeria berlaku pada sebelah pagi, ada seorang pelajar perempuan tiba-tiba rebah dan meracau yang kemudiannya 'berjangkit' kepada beberapa pelajar lain termasuk guru perempaun.

Keadaan tersebut telah menyebabkan sesi pembelajaran telah terganggu.

Kejadian tersebut berlaku sehingga tiga hari berturut-turut, seorang demi seorang pelajar diserang histeria.

Salah seorang mangsa, Raja Nor Atirah Raja Hurmaishah, 17, memberitahu, dia diserang histeria pagi kelmarin dan ketika kejadian tersebut kedua-dua belah tangannya kebas manakala fikirannya pula jadi tidak menentu.


“Mula-mula tangan kiri dan kanan saya kebas, selepas itu dunia rasa gelap dan fikiran saya rasa berserabut. Saya mula menangis sehingga guru-guru datang menenangkan saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang enggan dikenali pula berkata, sejak kejadian tersebut, rata-rata pelajar berada dalam ketakutan.


“Kami tidak dapat belajar kerana takut. Malah kami tidak berani masuk ke dalam kelas dan hanya duduk di luar kerana beberapa pelajar mendakwa ternampak kelibat ‘lembaga’ dalam kawasan sekolah terutama kelas dan tandas,” katanya


Jabatan Pendidikan negeri juga dikatakan telah menghantar beberapa orang ustaz untuk membantu memberi rawatan kepada pelajar yang diserang histeria manakala pihak sekolah turut mengadakan majlis bacaan al-Quran.

Post a Comment

0 Comments