Subscribe Us

header ads

El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik?

El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik?


Jika ada yang perasaan, menjadi viral laman Facebook TNB Careline dihujani komen-komen yang panas "sepanas El Nino". Ramai yang mengatakan bahawa caj bil elektrik di rumah mereka naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Apa yang membuatkan pengguna merasa tidak puas hati adalah ada yang mendakwa walaupun penggunaan peralatan eletrik adalah sama seperti biasa setiap hari namum bil elektrik melambung naik tinggi.

Malah ada yang menyatakan bahawa bil elektrik di rumahnya naik sekali ganda dari RM200 kepada RM400 lebih sebulan.

Seorang pengguna Ah Lun Chew pula menunjukkan bil sebanyak RM357.65 yang diterimanya sedangkan beliau hanya tinggal berdua dalam sebuah rumah.

Ekoran itu pihak TNB Careline mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya bagi menjelaskan keadaan berlaku. Mereka mendakwa keadaan cuaca panas melampau dan kering yang melanda secara berpanjangan kini telah mempengaruhi pengunaan peralatan elektrik terutamanya penghawa dingin.

"Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.

"Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna. Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran," jelasnya.

Namum kenyataan tersebut turut disangkal oleh sesetengah pengguna yang mengatakan ada diantara mereka yang tidak menggunakan penghawa dingin namum bil elektrik tetap naik melambung.

Berikut adalah beberapa screenshot di laman Facebook TNB Careline

El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik


El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik


El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik


El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik

El Nino Sebabkan Bil Elektrik Melambung Naik


Post a Comment

0 Comments