Menjawab soalan yang diajukan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh), Kementerian Kewangan memberikan jawapan bertulis yang menunjukkan hutang kerajaan negeri di seluruh negara yang mempunyai hutang dengan kerajaan persekutuan.
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pinjaman daripada kerajaan negeri ini adalah untk tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek. Sehingga 31 Disember 2015 jumlah keseluruhan hutang adalah RM 16.8 bilion.
Antara kerajaan negeri yang memiliki hutang tertinggi adalah Pahang sebanyak RM 2.9 bilion, manakala negeri yang paling sedikit hutang adalah Pulau Pinang sebanyak RM 96.36 juta.
Berada di kedudukan kedua adalah Sabah dengan RM 2.6 bilion dan negeri ketiga adalah Sarawak dengan jumlah hutang RM 2.5 bilion.
"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu.
Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak pula dinyatakan berapa jumlahnya.
Jumlah Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan.
Negeri
|
Jumlah RM
(Juta)
|
|
01.
|
Pahang
|
2,922.98
|
02.
|
Sabah
|
2,608.46
|
03.
|
Sarawak
|
2,531.25
|
04.
|
Kedah
|
2,283.30
|
05.
|
Kelantan
|
1,342.41
|
06.
|
Selangor
|
1,032.82
|
07.
|
Melaka
|
950.97
|
08.
|
N. Sembilan
|
942.76
|
09.
|
Terengganu
|
909.48
|
10.
|
Perak
|
608.63
|
11.
|
Perlis
|
373.17
|
12.
|
Johor
|
249.01
|
13.
|
P.Pinang
|
69.36
|
Manakala, hutang Kerajaan Persekutuan setakat Disember 2015 mencecah RM630.5 bilion atau 54.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
2 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBerkenaan peta negeri di malaysia. Kedudukan w.p Labuan perlu di betolkan.. Anak-anak yang melayari internet terkeliru sudah
ReplyDelete