Jika sekarang anda mengidam hendak makan ikan Kelah masak stim lebih baik berfikir dua kali. Sebabnya harga terkini satu hidangan ikan Kelah masak stim di Taman Negara Kuala Tahan boleh mencecah RM1,000.
Faktor utama yang menyebabkan harga iklan kelah naik mendadak adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini, disebabkan air Sungai Tembeling yang semakin cetek akibat cuaca panas melampau sekarang.
Harga pasaran ikan Kelah sekilo boleh mencecah RM450/kilo.
JERANTUT 15 April – Kesukaran menangkap ikan kelah ekoran keadaan Sungai Tembeling yang semakin cetek akibat cuaca panas melampau menyebabkan harga pasaran ‘raja sungai’ itu melambung tinggi di Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.
Pada masa ini, harga pasaran ikan berkenaan mencecah RM450 sekilogram yang mana masakan stim ikan kelah seberat dua kilogram yang dihidangkan di Restoran Seri Mutiara, Taman Negara Kuala Tahan mencecah harga RM1,000.
Pengurus Pelancong Mutiara Taman Negara Resort Kuala Tahan, Sabri Abdullah, 36, berkata, harga ikan kelah yang dimasak stim melonjak tinggi kerana spesies itu semakin berkurangan di Sungai Tembeling sedangkan permintaan terus meningkat dalam kalangan pengusaha restoran dan hotel di situ.
“Faktor kekurangan spesies ini di Sungai Tembeling berpunca daripada fenomena El Nino, menyebabkannya sukar ditangkap nelayan.
“Kesukaran ini menyebabkan harga ikan kelah melambung sehingga RM450 sekilogram dan cukup berbaloi bagi pendapatan nelayan sungai di sini,” katanya di sini hari ini.
Menurut Sabri, Restoran Seri Mutiara memperoleh bekalan ikan itu daripada nelayan tempatan dan bersedia memenuhi permintaan pelancong yang berkunjung di situ untuk menikmati hidangan tengah hari atau malam dengan masakan digemari mereka.
“Walaupun harga ikan kelah melambung tinggi, tetapi permintaan terhadap masakan stim dan gulai asam tempoyak
0 Comments