Subscribe Us

header ads

Istana Saddam Hussein Akan Ditukar Menjadi Muzium

Istana Saddam Hussein Akan Ditukar Menjadi Muzium


Selepas lama digunakan sebagai dewan untuk tentera British semasa perang, istana Saddam Hussein di Basra, Iraq akan diubahsuai menjadi muzium pada September 2016.

Sekaligus menjadikan bekas istana ini menjadi muzium yang pertama dibuka di Iraq selepas tentera Britain menarik diri daripada negara yang dilanda perang ada tahun 2007.

Menurut Qahtan al-Abeed, pengarah seksyen Basrah. Ia akan menjadi muzuim yang moden yang bukan sekadar mempamerkan objek semata-mata. Muzim ini mahu membawa pelawat merasai lebih dekat dengan segala jenis aktiviti kesenian dan kebudayaan, kursus latihan serta mesyuarat profesional.

Projek ini dianggarkan menelan belanja $3.5juta dan akan meminjamkan hampir 3,500 objek dari Muzium Baghdad Iraq yang meliputi era Babylon dan Assyria.

Projek ini sebahagiannya akan dibiayai oleh British charity Friends of Basrah Museum ($ 500,000) manakala baki $ 3juta lagi dana akan dibiayai oleh kerajaan Basra.

Dalam pada itu, menurut sumber National Geographic, Muzium British akan memberikan perkhidmatan sokongan kuratorial secara percuma untuk projek ini.

Istana Saddam Hussein Akan Ditukar Menjadi Muzium

Istana Saddam Hussein Akan Ditukar Menjadi Muzium

Post a Comment

1 Comments