
Jika sering disajikan dengan benda yang terpanjang di dunia atau sebagainya. Kini ada jalanraya terpendek di dunia. Dengan jaraknya cuma kira-kira 2 meter sahaja.
Jalan Ebenezer Place terletak di utara Scotland, kedudukannya bersebelahan dengan Sungai Wick.
Malah terdapat satu bangunan yang mendaftarkan alamat di laluan ini iaitu sebuah bistro yang juga merupakan sebahagian daripada Mackays Hotel yang dibangunkan sejak 1883.
Nama jalan ini juga sebenarnya diambil sempena nama Ebenezer yang juga merupakan nama pemilik hotel tersebut. Dan ia dijadikan nama rasmi bagi laluan ini bermula tahun 1887.
Jalan terpendek di dunia ini telah dicatatkan didalam Guinness World of Record pada 7 Mac 2014. Dengan panjang jalan ini adalah 6.9 kakai (2.06 meter).
Orang ramai hanya mengambil masa kira-kira lima saat untuk melalui jalan tersebut. - amusingplanet.com
0 Comments