Subscribe Us

header ads

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.


Isu Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam sudah mulai heboh di media sosial lebih awal. Namum Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyatakan penambahbaikan 252 Skim ini akan dibuat pada 14 April.

"Pekeliling mengenai penambahbaikan skim ini akan didedahkan kepada orang ramai dan dimuat naik ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 14 April ini," katanya semasa menyampaikan syarahan Transformasi Perkhidmatan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Beliau juga berharap dengan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini telah dibuat secara menyeluruh dan berharap ia akan disambut baik oleh semua kakitangan penjawat awam.

Penambahbaikan skim ini adalah usaha yang dilakuakn oleh pihak kerajaan setelah duduk berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Sebaik sahaja pekeliling baru ini diumumkan, akan ada sesi penerangan berkaitan penambahbaikan skim akan dilakukan oleh JPA.

Di dalam pengumuman tersebut, daripada 252 Skim perkhidmatan yang ada akan dikurangkan menjadi hanya 240 Skim sahaja.


SUMBER

Penyeragaman Gred Lantikan Kelayakan SPM - Ia melibatkan 57 Skim Perkhidmatan.

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.

Antara yang menarik perhatian sudah tentunya pemansuhan jawatan ataupun Gred 17 dan Gred 27 yang akan ditukarkan kepada gred yang lebih baik iaitu Gred 19 dan Gred 29. Ianya dilaksanakan bagi menambah baik skim yang sedia ada berdasarkan kepada kelayakan akademik penjawat awam.

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.
Gambar ini diambil dalam satu taklimat yang melibatkan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan.


Dengan pengumuman yang telah di buat pada sidang media melalui artikel ini Sah JPA Keluarkan Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam!. Antara jawatan yang menjadi perhatian adalah jawatan bagi mereka yang mempunyai kelayakan Sijil Politeknik, Sijil Setaraf STPM dan Diploma berkaitan.

Berikut merupakan jawatan yang terlibat dalam pemindahan kelayakan Sijil Politeknik/ Setaraf:

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.

Contoh Jadual Gaji Baru bagi Klasifikasi Gred N11 -  N40 selepas penambahbaikan nanti.

JPA Umum Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan pada 14 April.

Post a Comment

0 Comments