
Mungkin ramai yang suka mandi laut/pantai. Tapi tak ramai yang hendak ambil tahu kenapa air laut itu masin?
Sebenarnya semua jenis air termasuk air hujan mengandungi kimia pelarut yang dikenali garam. Namum tidak semua air akan rasa masin.
Para saintis membuat anggaran bahawa laut mengandungi kira-kira 50 kuadrilion ton bahan-bahan perlarut.
Seandainya garam yang ada di laut boleh dikeluarkan, ia akan membentuk sebuah permukaan tanah yang lebih besar daripada yang sedia ada, malah permukaan garam tersebut boleh mencecah ketebalan sehingga 500 kaku dan tingginya bersamaan dengan bangunan 40 tingkat.
Air laut dikelaskan sebagai pepejal larut dalam cecair yang teramat lemah. Kebanyakan garam yang ada dalam laut adalah kesan daripada proses pemecahan batu-batu igneus akibat faktor cuaca dan hakisan.
Bahan-bahan mineral tadi akan dibawa turun ke laut ketika hujan turun.
Selain itu ada juga garam yang terbentuk secara semulajadi dilantai laut akibat daripada proses pereputan.
Dan selebihnya, adalah daripada sisa-sisa letusan gunung berapi.
Trivia Air Laut
- Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut.
- Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
- Saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi.
- Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
- Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium.
- Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo.
- Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo.
- Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo.
- Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik.
- Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo.
- Tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo.
- Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit.
2 Comments
Tq 4 this info..
ReplyDeleteyeee
ReplyDelete