Subscribe Us

header ads

Kenapa Perak Tidak Guna Gelaran Tengku Mahkota

Walaupun soalan ini ada 'humor sense', apa bila diajukan soalan "Kenapa Perak tidak guna gelaran Tengku Mahkota?". Lupakan tentang lawak yang selalu orang buat. Ini ada kisah legenda pasal sejarah kesultanan Perak.

Bunyinya macam serius kan? Rilek aku bukan nak ajar mata pelajaran sekarah ni. Cukup sekadar anda tahu pasal cerita sejarah lama.

Kenapa Perak Tidak Guna Gelaran Tengku Mahkota?


Ini jawapannya secara ringkas, disebabkan Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzzaffar Shah I telah mencampakkan 'Mahkota' ke dalam laut ketika tiba di Benting Beras Basah.

Pada masa itu baginda dalam perjalan untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama, tiba bahtera baginda tersangkut di Beting Beras Basah.

Dalam cerita orang lama, tiba-tiba angin ribut datang melanda dengan laut yang bergelora. Maka pada masa itulah baginda telah dikatakan berbicara dengan jin, dan jin itu mahu baginda membuang Mahkota ke dalam laut.

Sebaik sahaja Mahkota di buang, keadaan menjadi elok sediakala, lalu baginda mengambil keputusan untuk membuat upacara pertabalan di Beting Beras Basah. Dan menjadi adat istiadat sehingga kini.


Cerita Pertabalan Di Beting Beras Basah

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh.

Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Baginda telah menitahkan Puteranya agar menjadi raja di Negeri Perak diatas permintaan rakyat di Negeri itu mahukan Puteranya dijadikan raja pemerintah,

Maka belayarlah Rombongan Di Raja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah'.

Tiba-tiba bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik.

Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata

"Sekongkong Tanah Minangkabau,
Selilit Pulau Perca,
Di lengkong ular Saktimuna,
Perpisahan Beta di selat Melaka,
Jika Sah Beta Raja berdaulat,
Lepaslah sekalian malapetaka"

Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yang sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah ;

" Sekiramya tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku buangkan Mahkota tuanku kedalam laut terlebih dahulu...."

Sultan Muzzaffar serta merta mengambil mahkota Baginda dan buangkannya kedalam laut.

Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Maka baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah di ambil oleh Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato' Mahkota Si Raja Jin.

Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'.

Sehingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri.

Kenapa Perak Tidak Guna Gelaran Tengku Mahkota

Pertabalan Sultan Perak Di Beting Beras Basah


Istiadat mencecah kaki di Beting Beras Basah dimulakan oleh Sultan Perak Pertama, Sultan Muzzaffar Shah I pada abad ke-15 iaitu pada tahun 1528. Dan adat istiadat ini diteruskan walaupun dalam dunia serba moden.

Sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Pada tahun 1985, upacara pertabalan ini di lakukan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah ketika ditabalkan menjadi Sultan perak ke 34.

Seterusnya, upacara ini diteruskan lagi oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa pertabalan baginda menjadi Sultan Perak ke 35, pada Mei 2015.

Post a Comment

0 Comments