Subscribe Us

header ads

Kesan Radiasi EMF Oleh Stesen Pemancar Telekomunikasi Masih Pada Tahap Rendah

Stesen Pemancar Telekomunikasi


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan kesan radiasi medan elektromagnet (EMF) yang dipancarkan dari stesen pemancar telekomunikasi yang ada diseluruh negara buat masa ini masih berada di tahap yang rendah.

Ketua Pegawai Komunikasi Perkhidmatan Digital dan Standard (SKMM) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus menjelaskan bahawa dalam ujian simulasi dan ujian di tapak pemancar mendapati kadar radiasi berada dibawah paras 1%.

Setakat ini stesen pemancar telekomunikasi (selular dan jalur lebar) yang dibina di seluruh negara adalah kira-kira 16,000 hingga 18,000 ia merangkumi menara, tiang dan juga struktur atas bumbung.

SKMM juga telah menetapkan kadar radias yang perlu dipatuhi untuk setiap stesen pemancar supaya tidak melebihi standard mandatori.

"Saya boleh sahkan radiasi adalah kurang daripada satu peratus berbanding paras yang ditetapkan di dalam standard mandatori untuk pelepasan medan elektromagnetik dari infrastruktur yang disarankan oleh Suruhanjaya Antarabangsa tentang Perlindungan Radiasi Mengion (ICNIRP),"

Post a Comment

0 Comments