Kita semua tahu, kerajaan Korea Utara begitu tegas. Kini mereka secara rasmi telah menyekat rakyatnya daripada melayari laman sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter, Voice of America dan laman web Korea Selatan.
Alasan kerajaan Korea Utara adalah bagi mengekang dunia tanpa sempadan dalam menyebarkan maklumat dalam talian.
Kadar penggunaan internet di Korea Utara sebenarnya tidak begitu meluas, tidak ramai rakyatnya mendapat akses internet. Kalau ada pun kebiasaanya akan digunakan untuk menyokong kerajaan.
Dengan sekatan ini, semakin sukar masyarakat dunia luar untuk mendapatkan maklumat terkini di Korea Utara.
Laman sosial Facebook dan Twitter sudah dikenakan sekatan secara tidak rasmi sejak beberapa bulan yang lepas dan hari ini secara rasmi sekatan itu dilaksanakan.
Kerajaan akan mengenakan hukuman keatas mana-mana pihak yang cuba mengodam laman-laman yang disekat itu, mengakses secara haram dan menyebarkan maklumat anti republik.
0 Comments