Info Terkini
Loading...

Mangga Harum Manis Punya Pasal, 3 Helikopter Mendarat di Kebun.

Mangga Harum Manis Punya Pasal, 3 Helikopter Mendarat di Kebun.

3 helikopter telah mendarat di kebun mangga harum manis Tok Wa Man di Kampung Padang Asam, Perlis.

Menurut Che Jan Che Seman, pemilik kebun mangga harum manis. beliau sendiri tidak menyangka akan dikunjungi oleh 9 rakan kenalannya.

Pada awalnya dia hanya dimaklumkan cuma ada 2 buah helikopter sahaj yang akan mendarat. Namum yang tiba, datangnya 3 buah helikopter.

“Kesemua rombongan yang datang adalah untuk menikmati Harum Manis yang dihidangkan bersama pulut dan teh tarik,”

Kata Che Jan, hasil mangga harum manis pad amusim ini tidak berapa menjadi. Ia berpunca daripada faktor cuaca yang terlampau panas.

Walaupun begitu hasilnya masih memberangsangkan, lebih kurang 200 pokok mampu lagi menghasilkan 2000 biji Harum Manis.

Menurut Che Jan, orang ramai juga boleh menunjungi kebun tersebut bagi merasai sendiri kelazatan Harum Manis yang menjadi bualan ramai sehingga pertengahan Mei nanti.

Sumber : SuaraTV
0 Komen untuk "Mangga Harum Manis Punya Pasal, 3 Helikopter Mendarat di Kebun."

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie