Subscribe Us

header ads

Manusia Paling Lama Tonton TV Di Dunia, 94 jam Tanpa Henti

Manusia Paling Lama Tonton TV di Dunia

Dalam sehari berapa jam anda habiskan masa untuk menonton TV? Tahukah anda ada manusia yang berjaya menonton TV tanpa henti selama 94 jam.

Sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia untuk turut dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai individu paling lama menonton televisyen.

Alejandro ‘AJ’ Fragoso, berusia 25 tahun telah berjaya mengatasi rekod sebelum ini iaitu 92 jam yang dicatat di Austria bulan lalu.

Fragoso telah menyertai satu cabaran yang dianjurkan oleh syarikat perisian multimedia, CyberLink yang turut disertai oleh beberapa peserta lain.

Dalam cabaran tersebut, Fragoso berjaya bertahan sehingga hari ke-4 selepas menonton rancangan bersiri Game of Thrones, Curb Your Enthusiasm, Battlestar Galactica dan Bob’s Burgers.

“Selepas melalui pengalaman ini, saya sedar yang menonton televisyen terlalu lama membuatkan kita penat,” ujarnya.

Kepada anda yang diluar sana, jangan gatal hendak mencuba pecahkan rekod ini. Semasa tempoh cabaran ini pihak Cyberlink ada menyediakan seorang doktor pakar untuk memantau kesihatan Fragoso.

Manusia Paling Lama Tonton TV di Dunia

Jika kita cuba menahan diri daripada tidur itu sudah melawan fitrah semulajadi tubuh kita yang memerlukan rehat. Ada beberapa kes kematian dicatatkan di China pada tahun 2014 apabila ada sesetengah lelaki yang tidak mahu tidur kerana mahu menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Di Brazil.

Post a Comment

0 Comments