Subscribe Us

header ads

Negara - Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi

Ada banyak negara-negara yang kini tiada liga tercatat namanya dalam peta dunia, dan mungkin namanya hanya meniti dibibir orang-orang lama.

Negara-negara ini lenyap selepas penggabungan atau pemisahan dan ada juga yang membuat pertukaran nama.

1. Abyssinia - Kini nama negara ini telah dikenali sebagai Ethiopia.

Abyssinia


2. Austria-Hungary - Sebuah negara dibawah kerajaan monarki (yang dikenali Empayar Austro-Hungrian). Negara ini ditubuhkan pada 1867 dengan kawasan meliputi Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negara Balkan. Namum pada penghujung Perang Dunia Yang Pertama empayar ini telah runtuh.

Austria-Hungary


3. Basutoland – Nama negara ini telah ditukar kepada Lesotho pada tahun 1966, setelah mendapat kemerdekaan daripada United kingdom.

Basutoland


4. Bengal – Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India . Punca Perpecahan mungkin disebabkan perbezaan fahaman agama, satu pihak beragama hindu dan satu lagi beragama Islam.

bengal


5. Burma - Mungkin masih ramai daripada orang tua-tua kita yang menyebutnya Burma. Ini kerana nama Myanmar telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989.

burma


6. Catalonia - Sebelumnya negara ini adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut. Jika negara ini diteruskan pasukan bolasepak Barcelona pastinya tidak akan bermain di La Liga

Catalonia


7. Ceylon – Ini adalah nama lama bagi negara Sri Lanka yang ada sekarang, ia bertukar nama pada tahun 1972. Menjadi negara koloni British daripada 1802 sehingga 1948.

ceylon


8. Champa – Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.



9. Corsica – Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis 

Corsica

10. Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 membentuk dua negara menjadi Slovakia dan Czech Republic.

Czechoslovakia


11. Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman.

Jerman Timur & Jerman Barat



12. Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan kini mereka membentuk negara  Bangladesh.

Pakistan Timur


13. Gran Colombia - Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Gran Colombia


14. Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

Hawaii


15. New Granada - Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886 - sehingga sekarang).

New Granada


16. Yaman Utara & Yaman Selatan - Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Yaman Utara & Yaman Selatan


17. Empayar Uthmaniyyah - Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Empayar Uthmaniyyah


18. Persia - Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

persia empire


19. Prussia - Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu.

prussia


20. Rhodesia - Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.

Rhodesia


21. Siam - Dan kini ia menjadi negara Thailand berjiran dengan Malaysia pada tahun 1939.

siam


22. Sikkim - Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

sikkim


23. Vietnam Selatan - Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu.

Vietnam Selatan


24. Southwest Afrika - Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Southwest Afrika

25. Taiwan - Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

taiwan


26. Tanganyika dan Zanzibar - 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
Tanganyika dan Zanzibar


27. Texas - Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

texas


28. Tibet - Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang.

Tibet


29. Transjordan - Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.

Transjordan


30. USSR - Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

USSR


31. Urjanchai Republic - Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.

Urjanchai Republic


32. Vermont - Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

Vermont


33. West Florida - Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

West Florida


34. Western Samoa - Dan kini hanya dienali sebagai Samoa pada 1998.

Western Samoa


35. Yugoslavia - Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Yugoslavia


36.  Zaire - Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

Zaire

Post a Comment

0 Comments