Subscribe Us

header ads

Pelajar Malaysia Berfahaman Ateis, Gay Peroleh Status Pelarian Di Kanada

Pelajar Malaysia Berfahaman Ateis, Gay Peroleh Status Pelarian Di Kanada

Hazim Ismail, 27 tahun telah mendapat kebenaran Kanada  untuk menetap di negara itu sebagai perlarian. Kecoh apabila pelajar warganegara Malaysia ini dikatakan adalah gay dan berfahaman aties.

Lembaga Pelarian dan Imigresen Kanada telah membuat keputusan yang membolahkan Hazim Ismail untuk menetap di Kanada.

CBC Kanada membuat laporan bahawa pelajar Universiti Winnipeg ini risau akan soal keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia.

Menurut Hazim, beliau pernah menyatakan hasrat untuk pulang ke tanah air dan teruskan cara hidupnya secara sembunyi, namum permohonannya itu telah mendapat perhatian media lalu dia mengubah fikiran.

Ini oleh kerana dakwanya, beliau telah menerima pelbagai ugutan dan kecaman dengan kata-kata kesat.
"Saya cuba bertahan untuk meneruskan hidup kerana Malaysia tidak menerima homoseksual," katanya.
Menurut peguam, Bashir Khan, dengan keputusan ini maka Hazim tidak akan dihantar pulang ke Malaysia.

Pelajar Malaysia Berfahaman Ateis, Gay Peroleh Status Pelarian Di Kanada


Dalam pada itu Hazim juga akan mendapat dokumen bertulis berkenaan keputusan tersebut dalam masa 3 atau 6 minggu lagi, dan selepas itu beliau boleh membuat permohonan untuk mendapat status penduduk tetap Kanada.

Kisah Hazim menjadi viral selepas satu kempen online iaitu GoFoundMe dijalankan pada Disember lalu. Ianya adalah bertujuan untuk mencari dana bagi membiayai pengajian Hazim setelah keluarganya di Malaysia bertindak menyisihkan beliau selepas mendapat tahu Hazim adalah berfahaman aties dan seorang gay.

Post a Comment

0 Comments