Info Terkini
Loading...

Pelanggan Bersesak Berebut Tundung Fareeda


Tudung Fareeda sering menjadi rebutan. Setiap kali ada keluaran koleksi tudung terbaru, para pelanggan Tudung Fareeda akan menyerbu premis untuk mendapat tudung tersebut.

 Sudah banyak kali menjadi viral gelagat dan aksi para pelanggan mereka di media sosial. Jika dahulu ada yang sanggup tidur didepan premis, memanjat pagar dan sebagainya.

Dalam video yang terkini, pelanggan sanggup bersesak dan berhimpit sesama sendiri demi mendapatkan Koleksi tudung Fareeda 'Sweet Love'.

Namum gelagat didalam video tersebut mengundang kritikkan daripada netizen. Ramai yang memberikan komen agar pihak Fareeda melakukan sesuatu untuk keselesaan pelanggan.

Apatah lagi apabila kaum wanita dan kaum lelaki bercampur aduk bersesak untuk mendapatkan nombor giliran.

Cadangan yang patut pihak Fareeda ambil perhatian adalah membuat pengasingan bagi wanita dan lelaki. Ini adalah untuk keselesaan para pelanggan setia Fareeda juga.

Pelanggan Bersesak Berebut Tundung Fareeda

0 Komen untuk "Pelanggan Bersesak Berebut Tundung Fareeda"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie