Negara kita kaya dengan perlbagai buah-buahan tempatan, kebanyakkan ianya adalah bermusim. Antaranya sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah mangga Harumanis.
Namum apabila ia menjadi kegilaan dan dicari oleh ramai orang, ada pula pihak terutamanya peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual 'Harumanis palsu'.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkongsi tip atau petua untuk tidak ditipu dengan 'harumanis palsu'.
Disebabkan bentuknya yang hampir sama ada pihak yang cuba mengelirukan pelanggan dengan menjual mangga "Tom Dam" yang diimport daripada Thailand.
"Tom Dam" ini juga lebih dikenali di Kelantan dengan nama "Pauh Mas Hitam".
Selalu pihak tidak bertanggungjawab ini akan meletakkan gelaran yang gah pada harumanis palsu seperti 'King of Harumanis', bagi mereka yang tidak tahu atau kurang arif mungkin akan terkeliru keranan dari segi fizikal dan pandangan mata kasarnya adalah hampir sama.
Tip Mengenalpasti Harumanis Perlis Yang Asli.
1. Harumanis Perlis memiliki lekuk pada tangkai, berbeza dengan mangga dari Thailand yang ada lekuk pada pangkal tangkai dan dibahagian luar tangkai.
2. Harumanis sebenar mempunyai 'bahu' yang tidak sama tinggi antara kira dan kanan, manakala Tom Dam mempunyai bahu yang sama tinggi.
3. Harumanis pada bucu hujungnya adalah sekata, dan Tom Dam pula bentuk bucu hujungnya adalah tirus.
4. Tekstur buah Harumanis memiliki serat yang halus, sedikit jus dan lebih manis. Berbanding Tom Dam yang lebih seratnya nampak ketara, jus yang banyak.
0 Comments