Tak lama lagi, negara kita bakal memiliki pistol buatan orang Malaysia sendiri. Mungkin kita sudah agak jauh ketinggalan dari segi pembuatan senjata api tapi 'better late than never'.
Yang dulu dah terlepas
Yang datang jangan melepas
Dari dah tak ada
Asal tak kedana
Kini orang Malaysia sudah mampu menghasilkan pistol seberat 830 gram yang memiliki kualiti setaraf jenama antarabangsa dengan menggunakan kepakaran tempatan.
Usaha ini dilakukan oleh syarikat pembuat pistol Malaysia iaitu Aegis Malinnov Sdn Bhd. Syarikat ini akan memperkenalkan pistol pertama mereka iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber, yang dijangkakan akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.
Syarikat ini telah mendapat lesen untuk menjual senjata api daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan kini mereka dalam fasa mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Buat permulaannya, Aegis Malinnov mensasarkan untuk menjual pistol mereka di dalam negara kepada anggota keselamatan seperti polis dan tentera serta kepada individu yang memiliki lesen sah memiliki senjata api.
Dan dalam perancangan masa hadapan, mereka juga mensasarkan untuk menembusi pasaran yang lebih luas di luar negara.
Kejayaan mereka menghasilkan pistol seberat 830 gram yang memiliki kualiti setaraf jenama antarabangsa dengan menggunakan kepakaran tempatan itu adalah suatu yang membanggakan.
Hasilnya kini adalah daripada usaha pasukan R&D yang bertungkus lumus selama lima hingga enam tahun dalam menghasilakn pistol yang mencapai piawaian standard antarabangsa dan menepati citarasa pasaran.
Bagi pembangunan jangka panjang, Hashim berkata Aegis Malinnov ada menjalin kerjasama dengan pihak STRIDE dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam cadangan untuk membangunkan dua produk ketenteraan terbaharu iaitu Rocket Proper Grenade dan Mortar Launcher.
Spesifikasi pistol:
Barrel length: 119.1 mm
Weight: 830gm
Caliber: 9MM
Overall length: 210mm
Height: 139.1mm
Width: 35mm
Magazine capacity: 16
Action: Double Action
0 Comments