Subscribe Us

header ads

Rafizi Ditahan Di Bawah OSA

Rafizi Ditahan Di Bawah OSA


Rafizi Ramli , Setiausaha Agung PKR disahkan oleh Ketua Polis Negara telah ditahan dibawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Rafizi telah ditahan diluar banguna Parlimen untuk siasatan dibawah Akta 8 OSA.

Akta Rahsia Rasmi merupakan akta ang diwujudkan bagi mengelakkan rahsia rasmi negara bocor, terutamanya yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

Jika individu terbabit didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh kenakan hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 7 tahun.

Menurut sumber, penahanan Rafizi adalah kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia bagi membuktikan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dan pendedahan maklumat sulit ini diklasifikasikan sebagai OSA 1972.

Rafizi turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.




 

Post a Comment

0 Comments