Subscribe Us

header ads

Safiey Ilias 2013-2015 Berjaya Kumpul RM5 juta

Safiey Ilias, nama yang menjadi isu hangat kini. Namum disebalik kisah hitam dan penghijrahan beliau, aku lebih tertarik kepada kejayaan Safiey mengubah hidup dan menjana RM5 juta dalam masa yang singkat.

Berikut aku kongsikan kisah yang diceritakan oleh beliau sendiri, aku tak ubah ayat dan jalan cerita, 'Original'. Ia ditulis sendiri oleh Safiey di laman Facebook. Jom baca untuk dijadikan sumber inspirasi untuk perkara-perkara yang positif sahaja.

Safiey Ilias 2013-2015 Berjaya Kumpul RM5 juta

Safiey Ilias 2013-2015 Berjaya Kumpul RM5 juta


Disebabkan saya ramai followers baru, ramai yg masih tak kenali kisah kepayahan saya sebelum berjaya. Mungkin ramai yang cuma kenal saya disaat saya sudah dikatakan boleh la senang jugak .

Begini, saya berasal daripada Felda Lakum, Lanchang Pahang . Saya lahir pada 19 Mei 1994, umur saya bulan 5 ini genap 22 tahun. Saya dulu sekolah di SK Lakum. Dapat UPSR semua A so saya lanjutkan belajar ke Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS). Tapi saya dua minggu sahaj disini selepas itu saya tamatkan belajar sebab tak boleh hidup tanpa mak ayah. Tak biasa berjauhan katanya walaupun saya ini anak kedua bongsu daripada 6 orang adik beradik. Kemudian saya lanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang. PMR dapat 8A jugak jadi saya dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) .
.
Bila pindah ke sini, kos memang tinggi. Macam-macam benda nak bayar. Dulu ayah saya cuma pakai kereta kancil sahaja hantar saya ke sekolah kat Kuantan ni . Saya tak macam anak org lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar. Ada yang tiap-tiap minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC. Sedapnya masa tu. Disebabkan desakan nak jugak hidup senang sedikit seperti kawan lain disamping tak payah nak mintak duit sangat kat mak ayah, saya mula buat bisnes dari asrama. Dari asrama?? Ya dari asrama .

Saya mulakan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan macam suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat. Satu kotak produk dapat margin tinggi juga RM50-200. Tapi tak percaya sangat ramai jugak akak-akak, makcik-makcik beli produk itu walau harga agak mahal. Mungkin sebab tu tak banyak sangat persaingan produk macam sekarang dan penjual pun tak ramai. Saya gunakan Facebook sahaja masa tu. Setiap hujung minggu saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu. Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yang sediakan sewaan melayari internet. RM2 kot sejam. Jadi saya guna peluang tu untuk buat duit.

Masa tu lah saya akan gunakan untuk ambik database customer. Tapi masa tu saya tak tahu pun tu database. Saya biasanya akan mintak siap-siap nama, nombor telefon, alamat penuh dan email customer yang nak produk tu. Bila dia cakap je nak barang dan nak booking, saya memang minta details tu. Kemudian, saya akan tulis maklumat tu dekat sebuah buku tulis. Saya tak ada telefon di asrama, jadi saya gunakan telefon asrama je nak call supplier dan customer saya .

Malam je lepas habis kelas prep (belajar), saya akan call customer. Masa tu banyak la duit syiling dan kad telefon saya ada. Senang nak call customer. Setiap orang saya akan call dan tanya dah buat bayaran tak. Masa tu saya ada BANK RAKYAT sahaja. Lepas dia kata dah bayar saya akan call supplier. Satu-satu alamat saya bacakan dan sebut. Sampaikan sejam bergayut dengan supplier. Supplier akan poskan barang .

Hari Jumaat je akan ada sedikit masa lapang selepas solat jumaat, masa tu saya akan ke Bank Rakyat dekat dengan sekolah untuk cek akaun. Masa tu saya tawakal je harap2 ada duit dalam akaun tu. Masa tu la saya akan transfer dekat supplier duit. Baru supplier akan pos barang. Lepastu, ada la banyak duit dah masa tu. Saya dah mula beli stock sendiri. Masa tu saya jual produk sabun muka, BB cream, mask dan banyak laga. Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka mmg byk jerawat .

Hari-hari doa nak ada duit RM1500-RM1800 . Alhamdulillah, Allah makbulkan. Masa tu baik tak buat banyak dosa sangat heheeh. Lepas tu mintak lagi nak ada RM4800, akhirnya dapat jugak. Saya order barang pun call supplier guna telefon asrama dan dia pos ke pejabat sekolah. Muka saya hari-hari pergi ambik barang dekat pejabat sekolah smpai kerani sekolah pun tanya. Saya cakap ayah kirim. Kadang-kadang saya suruh cikgu dan teacher saya yang ambikkan. Cikgu warden asrama saya selalu beri kelonggaran untuk keluar outing ke bandar. Sebab dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai. Kadang-kadang tu dia tolong saya pos barang. Sebab masa tu saya dah mula pegang stock dan post barang sendiri. Susah sangat masa tu . Leceh sangat. Kene tebalkan muka dan atasi halangan.

Kemudian sampaikan di tingkatan 5 masa SPM saya ada saving dalam RM200k berkat perniagaan saya di asrama! Tapi sebab jiwa remaja dan tak ada pengurusan duit, tinggal RM8000 je duit saya . Saya banyak guna duit masa masuk UITM dan memang tak mintak duit mak ayah masa tu. Sebab dulu dapat tawaran belajar di oversea tapi saya tolak sebab macam dah tak minat belajar. Lepas tu 6 bulan je saya dekat UITM saya berhenti belajar. Masa tu umur 18. Masa tu la abang saya meninggal dunia. Saya kemudian duduk di Ukay Perdana. Masa umur 18 tahun, dengan modal cuma ada RM500, saya keluarkan Aurora dan buat spa dekat rumah! Ramai jugak customer saya masa tu datang rumah. Masa tu la saya promote Aurora .

Saya pergi sana sini naik teksi. Pergi kilang naik teksi. Dulu kilang tak layan sangat pun. Pergi buat sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati. Potong sendiri sticker guna gunting dan tampal dekat botol sampai senget-senget. Pergi pos barang pon guna teksi. Gigih tak gigih masa tu. Sampai lah bulan Jun 2013 masa saya umur 19, saya dapat cecah 1 juta bersih yang pertama.

Tahu kan kereta apa saya ada? Sampai harini ada Camry, Hilux , Mini Cooper, Audi dan Hummer H2. Perjalanan saya sebenarnya masih panjang untuk diceritakan. Nanti sya akan tulis lagi jika anda suka nak dengar. 2013-2015 hampir 5 juta untung bersih dah saya buat.

Jom share ramai-ramai dan like status ini. Biar sama-sama tahu tak mudah sebenarnya nak berjaya . Memang perlu gigih dan tak banyak alasan! Kena pandai cipta peluang bila ada ruang. Usaha dan doa yang konsisten. Kalau tak banyak likes dan share tak nak la sambung cerita lagi

Post a Comment

0 Comments