Subscribe Us

header ads

Sejarah Permainan Kanak-Kanak Yang Popular

Zaman kanak-kanak adalah masa gembira, disaat semuanya hanya mahu gembira dan bermain. Tapi tahukah kita sejarah permainan kanak-kanak yang popular seperti Monopoly, Lego, Barbie Doll, Gameboy dan sebagainya.

Dan mungkin bagi kita yang telah dewasa, semua pemaianan tersebut hanyalah tinggal kenangan dan tak kurang juga yang masih menyimpan atau mengumpul permaian-permainan lama untuk dijadikan koleksi.

Jom mengamit kenangan dengan cerita permainan yang pernah kita main dengan kawan-kawan kita semasa kanak-kanak dahulu.

Monopoly

monopoly lamamonopoly baru

Asalnya paten ini diberikan nama 'The Landlord Game' ia didaftarkan oleh Elizabeth J Magie Phillips pada tahun 1903. Selepas itu Parker Brothers telah mengkomersialkan permainan ini, pada tahun 1923 ia tukar nama kepada Monopoly.


Lego

lego lamalego baru


Lego antara permainan yang popular, bukan kanak-kanak sahaja yang suka main. Ianya bermula daripada seorang tukang kayu berasal dari Denmark, Ole Kirk Christiansen. Beliau pada mulanya hanya menghasilkan patung yang diperbuat daripada kayu sejak 1932. Lego (Leg Godt) mula diperkenalkan pada tahun 1934, nama itu dalam bahasa Denmark bermaksud 'main dengan baik'. Pada 24 oktober 1961 barulah nama Lego dipatenkan.


Barbie Doll

Barbie DollBarbie Doll


Permaian kegemaran kanak-kanak perempuan. Namum idea asalnya adalah untuk hasilkan patung ini untuk orang dewasa. Ruth Handler yang juga isteri kepada pengasas Mattel Toy Company telah memberikan idea kepada suaminya tentang projek membuat patung untk orang dewasa, namum idea itu ditolak oleh suaminya, Elliot Handler.

Idea untuk hasilkan Barbie Doll bermula apabila Ruth Handle dan suaminya melancong ke Jerman pada 1959. Mereka mendapat ilham setelah melihat patung Bird Lili yang digemari oleh masyarakat Jerman. Elliot Handler terus mengubah fikiran dan menjadi tulang belakang dalam penghasilan patung ini.

Barbie Doll diperkenalkan pada 9 March 1959 dan dipatenkan pada 24 Julai 1959.


The Slinky

The SlinkyThe Slinky


Pemainan yang simple tapi menyeronokkan. Ia adalah hasil ciptaan seorang jurutera tentera laut, Richard James pada awal 1940-an. 400 biji telah berjaya dijual dalam masa 90 minit pada hari pertama ia dijual. Dan dalam masa 60 tahun The Slinky telah dijual sebanyak 300 juta.


Nintendo Gameboy

Nintendo GameboyNintendo Gameboy


Permainan moden yang menjadi kegilaan kanak-kanak era 90-an. Gameboy mula diperkenalkan pada 1989 dan dipatenkan pda 9 februari 1993. Ia juga merupakan salah satu permaian berkomputer pertama dihasilkan di dunia.


Etch A Sketch

Etch A SketchEtch A Sketch


Etch A Sketch, ketika aku masih kanak-kanak aku fikir ia satu permainan yang ajaib. ia dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan diperkenalkan pada 1960-an. Pada tahun 2003, Etch A Sketch telah dipilih oleh Toy Industrial Association sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling diingati dan kreatif pada abad ke-20.

Post a Comment

0 Comments