Subscribe Us

header ads

Senarai Makanan Sunnah Untuk Diamalkan

Makanan Sunnah


Amalan permakanan sunnah kini mulai mendapat perhatian ramai. Makanan yang digemari Rasulullah S.A.W. ternyata memiliki banyak khasiat dan kelebihan yang baik untuk kesihatan tubuh kita.

Sebelum kita kenal beberapa makanan sunnah, semasa makan pun ada sunnah yang nabi ajar kepada kita. Jangan kita nak makan makanan sunnah sahaja tetapi gelojoh dan tiada adap...hehehe..bukan marah nasihat.

Antara sunnah Rasulullah S.A.W. semasa makan adalah dimulakan dengan membaca Bismillah, makan secara berjemaah, tidak makan secara berdiri, tidak meniup makanan yang sedang panas serta makan secara sederhana tidak terlalu kenyang.

Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

Senarai Makanan Sunnah 

Berikut adalah makan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W. , secara kasarnya kita boleh bahagikan makanan sunnah ini kepada beberapa jenis iaitu minuman, buah-buahan dan makanan. Kesemua makanan sunnah ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri.

1. Madu


Madu memang sudah diakui mengandungi khasiat yang cukup banyak untuk manusia. Malah ia sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.

Rasulullah S.A.W. juga suka mengambil madu yang dicampurkan di dalam air sejuk. Antara kebaikkan kita mengamalkan meminum madu adalah :-

a. Menghilangkan lendir/kahak pada tekak.
b. Mencuci usus.
c. Boleh menghilangkan senak perut dan sedu.
d. Membaiki fungsi buah pinggang, hati dan limpa.


2. Susu Kambing


Susu kambing kini mulai mendapat perhatian ramai untuk dijadikan amalan harian. Ia juga telah terbukti berkhasiat dan baik untuk tubuh kita.

Antara kebaikan susu kambing ialah :-
a. Asma
b. Reumatik
c. Demam kuning
d. Insomnia
e. Menguatkan tulang.


3. Barli

Barli memang sedap, ia juga mampu menyejukkan badan. Selain itu kebaikkan air Barli adalah :-

a. Melawas kencing
b. Menyelesaikan masalah sembelit
c. Mengelakkan terkena penyakit kencing manis
d. Mengurangkan kadar kolestrol


4. Cuka Kurma


Nabi juga amat gemarkan cuka, malah dalm maksud satu hadis cuka ini telah digunakan oleh para nabi yang seelumnya. Antara kebaikkan cuka kepada badan kita adalah :-

a. Memecahkan lemak pada badan.
b. Melancarkan pengaliran darah.
c. Menhilangkan stress.
d. Mengubati penyakit hati.
e. Menghilangkan kelesuan badan.


5. Buah Anggur


Buah anggur ada disebut dalam Al-Quran, surah Ar-Rad - ayat 4 :

Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"
Kebaikkan buah anggur adalah :

a. Melegakan keradangan
b. Mencegah penyakit nyanyuk
c. Melancarkan darah
d. Mencuci Usus


6. Buah Tembikai


Di riwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Saidatina Aisyah pernah berkata :

“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”

Tembikai memang sesuai dimakan ketika cuaca panas, buah ini mengandungi 95% air dan 8% gula. Selain itu tembikai menpunyai antioksidan yang dikenali lycopene yang dikatakan mampu mencegah penyakit kanser.

Buah tembikai juga diamalkan untuk tujuan kesuburan.


7. Buah Labu

Buah labu juga menjadi kegemaran nabi untuk dijamah. 

Daripada Hadis Anas bin Malik r.a: 
"Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏”.

Kebaikan buah labu adalah seperti berikut :-

a. Merawat penyakit rabun malam
b. Merawat masalah cacing
c. Mencegah batu karang


8. Buah Tin


Buah tin juga ada disebut dalam ayat Al-Quran, surah At-Tin - ayat 95.

Buah tin yang telah dikeringkan mengandungi 6 kali ganda kalori berbanding buah tin yang segar (basah). Buah tin kering kaya dengan nutrisi, mengandungi pelbagai mineral dan zat galian serta rendah sodium.

Khasiat buah tin cukup banyak, seperti :-

a. Menbuang toksin dalam badan
b. Melegakan batuk
c. Mencuci hati
d. Mengurangkan lendir dalam usus


9. Zaitun


Zaitun ada beberapa kali disebut dalam Al-Quran. Rasulullah juga mengalakkan agar umatnya mengamalkan pengguna minyak zaitun demi menjaga kesihatan.

Nabi juga menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut. Malah kini ia juga sering digunakan dalam pelbagai produk kecantikkan.

Antara kebaikan minyak zaitun adalah :-

a. Mencegah penyakit kanser
b. Mencegah penyakit jantung


10. Buah Delima


Tiga kali nama buah delima disebut dalam ayat Al-Quran, disitu sahaj kita boleh lihat bertapa buah ini bagus. Malah ia juga disebut sebagi buahan dari syurga.

Antara kebaikkan buah delima adalah :-
a. Antioksidan
b. Mencegah penyakit jantung
c. Menstabilkan tekana darah

11. Buah Kurma


Buah kurma adalah antara makanan sunnah yang paling popular. Apabila tiba bulan puasa, tidak lengkap rasanya tanpa berbuka dengan buah kurma kerna ia adalah sunnah nabi.

Khasiat buah kurma antaranya adalah :-

a. Memberikan tenaga
b. Mengandungi sera yang tinggi
c. Bagus untuk kecerdasan minda
d. Menjadi penawar racun

12. Cendawan


Cendawan adalah makanan yang telah dijadikan bahan perubatan sejak zaman dulu lagi. Ia mengandungi zat yang baik untuk kesihatan, seperti :-

a. Meningkatkan sistem imun badan
b. Melawan Alergik dan radang


13. Halba


Khasiat halba cukup sinonim dengan wanita, namum khasiatnya juga sesuai untuk semua golongan. Antara kebaikan halba adalah :-

a. Melancarakan pengaliran haid
b. Melegakan sakit perut
c. Mencantikkan payudara
d. Menambahkan susu badan
e. Mengurangkan kadar gula
f. Mengurangkan kadar kolestrol
g. Melegakan batuk
h. Melegakan bengkak gusi
i. Menjadi pembuka selera


14. Halia


Halia antara bahan makanan yang ada disebut di dalam Al-QUran, surah Al-Insan - ayat 17.

Allah S.W.T berfirman:
"Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil"

Kebaikan halia ada banyak, diantaranya :-

a. Melancarkan peredaran darah
b. Melegakan sakit sendi
c. Mengurangkan rasa loya tekak


15. Safron / Za'Faron


Safron sangat bagus untuk kecerdasan minda. Antara kebaikan safron juga adalah :-

a. Merawat penyakit sawan
b. Merawat penyakit hati
c. Mengubati demam
d. Merawat mati pucuk
e. Melancarkan pengaliran darah


16. Habatussauda


Dalam hadis, Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"

Antara kebaikkan Habatussauda adalah:-

a. Menghilangkan angin dalam usus.
b. Mengubati demam
c. Membuka urat-urat halus
d. Melegakan selsema

Post a Comment

0 Comments