Info Terkini
Loading...

Teknik Menabung RM3700 Dalam Masa 6 bulan.

Teknik Menabung RM3700 Dalam Masa 6 bulan.


Menabung adalah sifat mulia yang perlu ada dalam setiap orang, malah ia perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Tujuan menabung bergantung kepada keperluan kita. Ada orang menabung untuk dijadikan wang simpanan, ada untuk dana kecemasan dan ada pula yang menabung untuk membeli barang ang dikehendaki.

Tak kisahlah untuk tujuan apa, asalkan ianya adalah hasil yang kita usahakan dan cermat dalam berbelanja.

Malah amalan menabung juga memastikan kita tidak dibelenggu masalah kewangan, kerana kita cermat dalam berbelanja.

Jika kita hendak beli barang yang harganya kita tidak mampu beli secara tunai maka kita tidak perlu berhutang.

Masalah utama untuk menabung dengan jayanya adalah disiplin. Kita perlu tegas dengan diri kita sendiri untuk memastikan kita menabung dengan konsisten dan juga tidak menggunakan hasil simpanan sebelum tempoh matangnya.

Berikut aku kongsikan petua atau teknik yang orang sudah berjaya buat, beliau berjaya menabung sebanyak RM3700 dalam masa 6 bulan.

Teknik Menabung RM3700 dalam masa 6 bulan.


Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya

Kisah Benar :Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.
Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20


PERATURAN WAJIB :1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .


Idea ini saya terima dari seorang sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorang pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700


Jika kita nekad dan menabung dengan konsisten, insyallah kita akan berjaya membuat simpanan untuk apa sahaja tujuan yang kita mahukan.

Jangan ajar diri kita untuk berhutang, biar susah dahulu janji senang kemudian.

Dengan RM3600 kita sudah boleh gunakan untuk beli barangan yang mungkin kita tak mampu, ataupun kita boleh masukkan ia dalam simpanan atau perlaburan ASB kita.

0 Komen untuk "Teknik Menabung RM3700 Dalam Masa 6 bulan."

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie