Info Terkini
Loading...

Telefon Bimbit Sebesar Jari Jadi Pilihan Banduan

Telefon Bimbit Sebesar Jari Jadi Pilihan Banduan

Ketika ramai orang masakini yang tergila-gilakan telefon berskirn besar. Namum tidak bagi banduan-banduan di Ireland yang gemar menyeludup masuk telefon bimbit mini yang saiznya hanya sebesar sebatang jari manusia.

Telefon bimbit mini ini dikenali sebagai LONG-CZ yang diperbuat daripada plastik. Malah ia juga begitu mudah di seludup masuk ke dalam penjara tanpa dapat dikesan oleh mesin pengimbas.

Berat telefon LONG-CZ ini hanyalah 18 gram, dengan panjangnya 68 mm dan selebar 23 mm. Selain itu telefon mini ini juga mudah didapati dipasaran dengan harganya hanya 25 pound (RM142).

LONG-CZ diiklankan secara online dengan tagline " gajet yang mampu mengalahkan sistem Pengimbas Keselamatan Bukaan Badan (BOSS) yang dipasang di setiap penjara Ireland.

Disebabkan saiznya yang kecil, jadi ia begitu mudah untuk diseludup masuk ke dalam penjara dengan cara memasukkannya ke dalam dubur, sementara kad SIM akan ditelan.

Dalam rekod, pihak berkuasa penjara telah berjaya merampas telefon bimbit seludup sebanyak 805 unit pada tahun 2013 dan 728 pada tahun 2014.
0 Komen untuk "Telefon Bimbit Sebesar Jari Jadi Pilihan Banduan"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie