Info Terkini
Loading...

'Tuhan Harun' dipenjara 6 tahun, deposit haram RM35 juta

'Tuhan Harun' dipenjara 6 tahun

'Tuhan Harun' satu kes ajaran sesat yang telah dibongkatkan tak berapa lama dahulu, telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun. Diatas tuduhan mengambil deposit RM35 juta secara haram.

Harun Mat Saat, 50, yang merupakan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan mengumpul deposit berjumlah RM35 juta secara haram pada 10 tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menyangkal kes prima facie yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, Harun didakwa membantu Business Time Dina Sdn. Bhd., Pan Phoenix Dina Sdn. Bhd., dan Pan-Phoenix Dina Steel Sdn. Bhd. menerima deposit RM35 juta daripada syarikat dan orang awam tanpa lesen sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Wisma MPL dan Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan di sini dari 13 September 2006 hingga 8 April 2008.

Harun didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz45sQKitDi
0 Komen untuk "'Tuhan Harun' dipenjara 6 tahun, deposit haram RM35 juta"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie