Subscribe Us

header ads

Tuntutan Palsu Berjumlah RM4.9 Juta, Penjawat Awam Di Pahang Didakwa

Tuntutan Palsu Berjumlah RM4.9 Juta, Penjawat Awam Di Pahang Didakwa


Menjadi tugas SPRM untuk membasmi dan memastikan ketelusan didalam setiap urusan bebas salahlaku pecah amanah dan unsur rasuah. Masih belum serik, ada penjawat awam yang gelap mata dengan bertindak membuat tuntutan palsu berjumlah RM4.9juta.

KUANTAN, 15 April - Seorang penjawat awam dari sebuah jabatan kerajaan di negeri ini akan didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan atas pertuduhan melakukan tuntutan palsu berjumlah RM4.9 juta

Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam SPRM di Putrajaya, Datuk Zainol Darus berkata, individu yang bakal didakwa itu merupakan seorang yang memegang jawatan penting dan kes salah guna kuasa berkenaan dilaporkan berlaku pada penghujung tahun lepas

"Kes ini melibatkan kepentingan awam melibatkan ketirisan berjumlah RM4.9 juta. Siapa yang nak kena tuduh dan apa sektor yang terlibat kita akan maklumkan kemudian," katanya

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah SPRM Pahang berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas kepada Pengarah SPRM Pahang yang baharu iaitu Wan Ramli Wan Abdullah yang disaksikan oleh Pengarah Perisikan SPRM Datuk Hishamuddin Hashim di Kompleks Ibu Pejabat SPRM Kuantan di sini Jumaat

Dalam tempoh Jan sehingga Mac lepas sahaja, Zainol berkata pihaknya telah menahan seramai 11 orang individu dari negeri ini melibatkan pelbagai kes rasuah dan pecah amanah termasuk sembilan tangkapan berhubung kes bauksit

Sementara itu Wan Ramli berkata, SPRM pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepada sektor perolehan bagi mencegah ketirisan dalam kalangan agensi yang berkenaan

Menurutnya antara sektor yang akan diberikan tumpuan, katanya, termasuk pembangunan, minyak dan gas serta sektor alam sekitar (pembalakan)

Post a Comment

0 Comments