Info Terkini
Loading...

YUNA Dipilih Nyanyi Lagu Olimpik Rio 2016

YUNA Dipilih Nyanyi Lagu Olimpik Rio 2016

Yuna penyanyi yang tak asing lagi di negara ini, pertama kali muncul dengan lagu "Dan Sebenarnya", ramai peminatnya tahu beliau kini aktif mengembangkan bakatnya di Amerika.

Kini satu lagi kejayaan penyanyi berbakat ini apabila dipilih menjadi salah seorang daripada 5 penyanyi untuk Sukan Olimpik Rio 2016 yang dianjurkan di Brazil.

Lagu rasmi Sukan Olimpik Rio 2016 tersebut berjudul - The Fire - barisan penyanyinya adalah Diogo Nogueria (Brazil), Corrine Bailey Rae (Britain), Nneka (Nigeria), Yuna (Malaysia) dan Lenny Kravitz pemenang Anugerah Grammy 4 kali.

Namum begitu lagu untuk mempromosikan Sukan Olimpik itu tersebut belum dikeluarkan lagi secara rasmi, ia menjadi salah satu siri promosi disamping beberapa video dan lagu-lagu soundtrack yang lain.

Selain dunia sukan, sudah semestinya percapaian Yuna ini turut membanggakan nama Malaysia. Diharapkan juga atlit Malaysia yang berjuang di Sukan Olimpik juga akan mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat.

YUNA Dipilih Nyanyi Lagu Olimpik Rio 2016


Berikut adalah video promosi Sukan Olimpik Rio 2016 yang pertama.

0 Komen untuk "YUNA Dipilih Nyanyi Lagu Olimpik Rio 2016"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie