Info Terkini
Loading...

Afrika Selatan Kenakan Cukai Lemak, Cegah Obesiti

Afrika Selatan Kenakan Cukai Lemak, Cegah Obesiti


Kerajaan Afrika Selatan mengenakan cukai lemak keatas minuman bergula di negara itu bagi membasmi gejala obesiti yang semakin meingkat sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Britain.

Afrika Selatan kini sudah tersenarai sebagai antara negara yang mempunyai rakyat obesiti yang paling ramai di benua Afrika.

Negara itu kini menyertai beberapa buah negara di seluruh dunia seperti Britain dan Mexico yang dalam usaha mengurangkan pengambilan minuman manis berkarbonat oleh rakyat mereka terutamanya golongan remaja.

Cukai ini memang disambut baik oleh pakar-pakar kesihatan disana, namum mereka ragu adakah tindakan ini mampu menyekat rakyat negara itu daripada terus meminum jus dan minuman berkarbinat mani yang mengandungi banyak gula.

Menteri Kewangan, Pravin Gordhan, telah mengumumkan tentang cukai baharu ini dalam sesi pembentangan bajet pad awal februari lalu dan ianya akan dilaksanakan secara rasmi pada April 2017 nanti.

Cukai baharu tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Pravin Gordhan dalam ucapan pembentangan bajet negara berkenaan awal Februari lalu namun ia hanya akan berkuat kuasa secara rasmi pada April 2017 depan.

Apa macam kalau cukai ini turut dikenakan di Malaysia?..hehehe
0 Komen untuk "Afrika Selatan Kenakan Cukai Lemak, Cegah Obesiti"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie