Gadis Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Sydney ketika hendak meninggalkan Australia kerana dikesan telah menggunakan jutaan ringgit wang yang telah tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya sebanyak RM13.85juta.
Wang tersebut telah tersilap masuk ke dalam akaun Bank Westpac Christine yang dimiliki oleh Jiaxin Lee, 21, sebagai overdraf pada tahun 2012.
Dan sejak itu dia telah membelanjakan sebayai RM9.9 juta dengan membeli beg tangan serta pelbagai barangan mewah lain.
Beliau dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley diatas tuduhan mengambil kesempatan walaupun tahu ia adalah satu kesalahan jenayah.
Jiaxin Lee telah melakukan kesalahan tersebut sejak Julai 2014 hingga Mac 2015, dan beliu juga gagal memaklumkan kepada bank berkenaan perkara itu.
Pihak polis telah menjalankan siasatan sejak tahun 2012, namum hanya Mac 2016 barulah waran tangkap dikeluarkan.
Dalam pembicaraan mahkamah, gadis ini telah mendapat tahu polis cuba menghubunginya lalu menyebabkan dia bertindak memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usaha untuk meninggalkan Australia. Namum, peguamnya pula menyatakan bahawa gadis ini mahu pulang Ke Malaysia untuk melawat ibu bapanya.
Jiaxin Lee dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak A$1,000 (RM3,000).
Dalam pada itu Majistret Lisa Staptelon berkata “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan
“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”
Jika ini keadaannya, Jiaxin dianggap hanya berhutang wang dengan bank tetapi tidak melanggar undang-undang.
Gadis ini yang sudah tinggal di Australia sejak 5 tahun lalu di utatra Sydney akan dibicarakan sekali lagi di mahkamah pada 21 jun nanti.
0 Comments