
London mencipta sejarah apabila mengumumkan Datuk Bandar baru mereka adalah seorang muslim iaitu Sadiq Khan, sekaligus menjadi orang beragama Islam pertama yang dilantik menjadi Datuk Bandar London.
Sadiq Khan yang mewakili Parti Buruh telah menewaskan calon Konservatif, Zac Goldsmith untuk mencatat sejarah baru di London.
Beliau juga menjadi individu yang berlatar belakangkan Asia pertama dilantik ke jawatan itu. Kini aku rasa populariti Sadiq Khan sedang mengatasi Shahrukh Khan...hehehe
Sedikit Biodata Sadiq Khan.
Name: Sadiq Aman Khan
Age: 45
Star sign: Libra
Born: Tooting, London
Studied: University of North London; University of Law, Guildford
Fakta Menarik Tentang Sadiq Khan
1. Ibu bapa Sadiq adalah pendatang dari Pakistan, India yang menetap di London. Dan Sadiq lahir di Tooting, London,
2. Amanullah Khan, bapa kepada Sadiq adalah seorang pemandu bas dan ibunya Sehrun Khan adlah seorang tukang jahit. Beliau adlaah anak ke-5 daripada lapan adik beradik.
3. Sadiq pernah menjadi peguam hak asasi manusia, sebelum itu dia telah memperoleh ijazah undang-undang di University of North London.
4. Pada tahun 2005, Sadiq juga pernah mencipta rekod apabila berjaya menjadi Ahli Parlimen muslim yang pertama di London, beliau telah dipilih untuk mewakili rakyat di kawasan Tooting. Segala usahanya dalam bidang politik sudah bermula sejak era 90-an.
5. Pada tahun 2008, Sadiq telah dilantik sebabai Menteri Komuniti Negeri, dan selepas itu beliau dilantik pula menjadi Menteri Pengangkutan Negeri dimana ketika itu dibawah pentadbiran Perdana Menteri Gordon Brown bari kerajaan Buruh.
6. Isteri Sadiq merupakan seorang peguam iaitu Saadiya dan memiliki 2 anak perempuan.
0 Comments