Info Terkini
Loading...

Helikopter Membawa VIP Hilang Di Sarawak

Helikopter Membawa VIP Hilang Di Sarawak


Sebuah helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan dilaporkan telah hilang di Sarawak.

Helikopter tersebut dalam perjalanan dari Betong ke Kuching. Ia membawa 5 penumpang dan  seorang pilot.

Jabatan Pernerbangan Awam (DCA) telah mengesahkan operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan.

Nama penumpang yang menjadi penumpang helikopter tersebut.

YB Dato' Noriah Kasnon
YB Dato' Noriah Kasnon

Dato' Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad
Dato' Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad

1. YB Dato' Noriah Kasnon - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. / Ahli Parlimen Sungai Besar
2. Tuan Asmuni bin Abdullah - Suami Dato' Noriah Kasnon
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai - Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
4. Dato' Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad - Pengerusi MPOB / Ahli Parlimen Kuala Kangsar
5. Ahmad Sobri bin Harun - Pegawal Peribadi

Helikopter jenis Eurocopter AS350. tersebut adalah milik Hornbil Skyways telah terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara di Betong, Sarawak kira-kira pada pukul 4.32 petang.


Sidang Media Pesuruhjaya Polis Sarawak:


1) Jangan percaya viral pesawat mendarat cemas, polis tidak terima laporan berkaitan

2) helicopter berlepas jam 4.12 ptg hilang radar 4.32 ptg

3) Keadaan mendung, hujan ketika kejadian

4) Anngota SAR: PGA 1 platun, polis marin 13,bomba 30, jpam 30


#1 Update : Misi Mencari Dan Menyelamat Di hantar

Sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm) digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari Kuching malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang.




#2 Update : Serpihan helikopter yang hilang telah dijumpai di kawasan Sungai Batang Lupar.






#3 Update : Mayat Pertama Mangsa Nahas Telah Dijumpai yang dipercayai Noriah Kasnon.

Mayat Pertama Mangsa Nahas Telah Dijumpai

Mayat Pertama Mangsa Nahas Telah Dijumpai


#4 Update : Jenazah Noriah di Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Jenazah Noriah di Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat


#5 Update : Misi menyelamat - TLDM menghantar pasukan menyelam Sabah yang dilengkapi dengan peralatan salvej untuk mengesan helikopter yang hilang.

#6 Update : Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Abidin Supardi, 57, mengesahkan mayat pertama nahas helikopter yang dijumpai adalah Datuk Noriah Kasnon.

#7 Update : Keadaan air deras selaju tiga knot dan keruh menyukarkan operasi di dasar sungai tetapi pasukan penyelam sudah diarahkan bersiap sedia untuk menjalankan operasi SAR

#8 Update : Misi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini meliputi kawasan seluas 875 kilometer persegi bertumpu kepada kawasan di sepanjang Sungai Batang Lupar.



#9 Update : Mayat kedua nahas helikopter ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, pagi ini, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai semalam. Dibawa ke Jeti Pasar Lingga untuk diterbangkan ke Hospital Kuching.



#10 Update : MAYAT ketiga tiba di jeti Lingga jam 1.25 tengah hari tadi sebelum diterbangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat.



#11 Update :  Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter AS350 oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


#12 Update : Mayat keempat nahas helikopter ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Batang Lupar, petang ini.



#13 Update : Mayat kelima nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, ditemui kira-kira jam 6 petang tadi, sebelum tiba di Jeti Lingga jam 6.47 petang



#14 Update : Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi sekitar kawasan Triso, Sebuyau, di sini.


0 Komen untuk "Helikopter Membawa VIP Hilang Di Sarawak"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie