Subscribe Us

header ads

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

Pemilihan Datuk Bandar Bocaue di wilayah Bulacan, utara Filpina ditentukan dengan cara yang unik selepas kedua-dua calon mendapat jumlah undi yang sama, akhirnya ia terpaksa ditentukan dengan lambungan duit syiling.

Pengerusi Majlis Perbandaran Bocaue, Deogracias Danao menjelaskan, cara ini perlu dibuat kerana 2 calon iaitu Jim Valerio dan Joni Villaneuva mendapat jumlah undi yang sama selepas pilihan raya diadakan iaitu sebanyak 16,694 undi.

Selepas tempoh penggundian yang ditutup pada pukul 1 petang, kedua-dua pasukan kempen bagi pihak Villanueva dan Valerio bersetuju untk menentukan pemenang dengan menggunakan duit syiling berbanding cabutan undi.

Sebanyak 5 lambungan duit syiling keudara telah dilakukan oleh Danao dan pemenangnya adalah calon yang berjaya mencatat 3 mata yang pertama.

Valerio memilih bahagian kepada dan Villanueva menaruh nasib pada bahagian ekor.

Selepas lambungan dibuat, akhirnya nasib memihak kepada Villanueva yang menang dan menggantikan kakaknya, JonJon Villanueva yang telah melepaskan jawatan sebagai Datuk Bandar Bocaue.

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar

Lambung Duit Syiling Tentukan Siapa Jadi Datuk Bandar


Mengulas tentang penggunaan cara lambungan syiling itu, Danao berkata, cara tersebut dilakukan bagi mengelakkan pergaduhan tercetus antara kedua-dua kem calon yang bertanding selepas kaedah cabutan undi nama ditolak.

Post a Comment

0 Comments