Info Terkini
Loading...

Lelaki Britain Cipta 'Motorsikal Terbang'

Lelaki Britain Cipta 'Motorsikal Terbang'


Colin Furze berasal dari Britain telah berjaya mencipta 'Motorsikal Terbang' yang dinamakan hoverbike dan ianya berfungsi dengan baik.

Hoverbike ini direka untuk bergerak diudara dengan menggunakan 2 buah kipas yang dipasang pad depan dan belakang, menggantikan roda pada motorsikal.

Furze dikatakan menyahut cabaran daripada ribuan penonton yang mahukan beliau mencipta sebuah mesin yang boleh terbang.

Furze merekacipta mesin ini dengan meletakkan 2 buah kipas besar ang menghadap kebawah untuk membolehkan kenderaan ini terapung. Dia menggunakan kerangka basikal sebagai badan hoverbike, mungkin untuk menjadikan ia ringan dan senang untuk 'terbang'.

Daripada video yang dimuatnaik oleh Furze, kelihatan agak sukar untuk mengendalikan mesin ini dan ia juga memerlukan kawasan yang lapang.

Mungkin kini ia hanyalah sebuah prototype, mana tahu di masa akan datang ia akan menjadi kenderaan yang akan dipandu oleh orang ramai.

Namum ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan ia sebuah kenderaan yang akan dipandu di masa akan datang seperti soal keselamatan, cara pemanduan, lalu lintas dan sebagainya.


0 Komen untuk "Lelaki Britain Cipta 'Motorsikal Terbang'"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie