
Replika Bahtera Nabi Nuh bersaiz penuh kini bersiap sedia berlayar ke Brazil sempena Sukan Olimpik 2016, didalamnya lengkap dengan haiwan ukiran kayu.
Namum ia memerlukan derma untuk membiayai perlayaran ini.
Seorang tukang kayu daripada Belanda dikatakan telah mendapat ilham daripada mimpi untuk membina replika Bahtera Nabi Nuh bersaiz sebenar ini.
Johan Huibers' telah membina bahtera ini sejak 4 tahun lalu dan telah menelan kos hampir $ 1.6 million.
Dan ia menjadi tarikan popular yang unik di Dordrecht, selatan Amsterdam. Setiap hari lebih kurang 3000 pelawat yang ingin melihat replika ini lebih dekat.
Anggaran kos untuk bahtera ini berlayar sejauh 5000 batu di Lautan Atlantik nanti adalah lebih kurang $1.97 million.
Satu NGO akan ditubuhkan untuk membantu Huibers dalam menrealisasikan impiannya ini.
Replika ini saiznya lebih besar daripada sebuah padang bola sepak dan ada lima tingkat. Bahtera ini mampu membawa lebih daripada 5000 orang penumpang dalam satu masa.
Ukuran replika Bahtera Nabi Nuh ini sama yang tercatat dalam Genesis 6:15 iaitu 410 kaki panjang, 95 kaki lebar dan 75 kaki tinggi.
Bersesuaian dengan kisah dalam Bible, bahtera ini dimuatkan juga dengan replika haiwan yang setiap satunya berpasang-pasangan.
Masa semakin suntuk untuk Huibers mengumpul dana yang secukupnya untuk berlayar bersama bahtera ini ke Brazil, Sukan Olimpik 2016 akan bermula awal Ogos nanti.

0 Comments