Namum apa yang menariknya tentang nahas-nahas ini adalah pada tarikh kejadiannya. Suratan atau kebetulan, tiada sesiapa yang mampu mengangguhkan ajalnya. Kepada yang muslim kita doakan roh mereka dicucuri rahmat.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
1. Tragedi Double Six
Nahas ini digelarkan "Tragedi Double Six" kerana tarikh berlakunya nahas adalah pada 6.6.1976. Pesawat jenis GAF Nomad ini telah membawa anggota Kabinet Sabah. Nahas berlaku di Sembulan, Sabah.Senarai mereka yang terkorban ialah:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens
Dikhabarkan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah juga sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama, namum telah diajak turun oleh Timbalan Ketua Menteri ketika itu untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Bangi, Kudat.
2. Triple Three Tragedy
Nahas helikopter ini pula dianggap sebagai "Triple Three Tragedy" kerana tarikh insiden adalah pada 3.3.1997 dan mengorbankan 3 nyawa. Nahas ini pula telah mengorbankan Tan Sri Yahaya, Pengerusi Kumpulan DRB Hicom di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis.Turut terkorban dalam nahas ini adalah isterinya Puan Sri Rohana Othman dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas.
Tan Sri Yahaya dan isterinya dikatakan mahu pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya yang sakit, namum ajal mereka yang tiab terlebih dahulu.
3. Tragedi Double Four
Nahas udar yang ini pula telah mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias berserta 4 lagi orang penumpang.Helikopter jenis S365 itu terlah terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4.4.2015.
Tansri Jamaluddin Jarjis pada ketika itu adalah bertugas sebagai Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat.
4 lagi korban adalah ahli perniagaan, Datuk Robert Tan, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.
4. Tragedi Double Five
Apa ada pada nombor, tragedi nahas helikopter di sarawak pula berlaku pada 5.5.2016. Tragedi ini telah mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.Dan antara yang menjadi korban dalam nahas ini adalah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Dan Kapten Rudolf Rex Raga.
Selain itu Malaysia juga pernah digemparkan dengan nahas pesawat penumpang iaitu Tragedi Boeing MH653, di Tanjung Kupang, Gelang Patah pada 4 Disember 1977.
Tragedi MH370 pula berlaku pada 8 Mac 2014 dan masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini kerana rangka pesawat dan mangsa korban masib belum dijumpai.
Disusuli pula dengan Tragegi MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
0 Comments