Idea yang kreatif adalah datang daripada masalah. Orang kata jangan cari masalah, tapi lain orang lain pemikiran. Ada orang suka cari masalah. Dia cari masalah dan selesaikan masalah orang lain.
Macam gadis dari Ssechuan, China ini beliau menjana puluhan ribu setiap bulan dengan mengemas pakaian dirumah-rumah pelanggannya yang memang malas 'gila' nak kemas pakaian sendiri.
Xiao Deng, gadis diusia 20-an menawarkan servis mengemas pakaian dalam almari. Xiao Deng mendapati apabila tiba sahaja peralihan musim, kebanyakkan almari diruamh orang berada menjadi berselerak, dan mereka rasa menyusahkan untuk dikemaskan.
Xiao Deng mempunyai pengalaman dalam bidang tekstil, dan pada suatu hari dia telah menolong orang untuk mengemaskan pakaian dalam almari di rumah orang tersebut.
Jadi daripada situ gadis ini mendapat idea untuk menjadi ini satu pekerjaan, dia mencari masalah orang lain dan membantu orang lain yang 'malas' menyelesaikan masalah iaitu tolong kemaskan pakaian dalam almari.
Beliau yang ada sedikit pengalaman ketika bekerja sebagai penjual pakaian, selain itu beliau juga mencari lagi ilmu pengetahuan tentang cara-cara mengemas pakaian mengikut kaedah yang betul dan professional melalui internet.
Walaupun kerja ini nampak senang, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika mendapat pelanggan yang cerewet dan leceh. Beliau perlu mengemas pakaian mengikut jenis, warna dan musim.
Xiao Deng mendapati kerjaya ini mendapat bayaran yang agak lumayan. Byaran servis akan dikira mengikut saiz almari, 1 meter akan dibayar 100 Yuan (RM 60).
Kebiasaanya bagi almari yang bersaiz 3 meter, Xiao Deng memerlukan tempoh masa 3 jam untuk mengemaskan pakaian. Dan jumlah bayaran pula adalah kira-kira 400 Yuan (RM241).
Sejak beliau menjalankan perniagaan ini, antara bayaran paling tinggi yang pernah beliau dapat adalah sebanyak RM2000 dimana beliau mengambil masa satu hari suntuk untuk menyiapka kerja-kerjanya.
Kini, Xiao Deng sudah berjaya menjana pendapatan hampir berpuluh ribu Yuan pada setiap bulan melalui servisnya ini. Beliau sekarang mahu menubuhkan sebuah syarikat memberi servis mengemas pakaian sebagai salah satu langkah untuk memajukan lagi kerjayanya.
Kejayaan Xiao Deng ini adalah salah satu contoh mereka yang berjaya merebut peluang dan menggunakan peluang itu sebaiknya.
1 Comments
Casinos can run offshore because of the Public Gambling Act of 1976, modified in 1990. When you're be} betting on 점보카지노 a roulette casino recreation, you can to|you possibly can} place as many bets as you wish. Let’s break down the prolonged and overwhelming list of online actual money roulette wagers. The game’s reputation spread like wildfire all through the world and continued to seize the pursuits of gamblers until the game was taken to the subsequent stage by Microgaming.
ReplyDelete