Info Terkini
Loading...

5 Perkara Yang Aku Boleh Buat Dengan Microsoft Wisepad W7

5 Perkara Yang Aku Boleh Buat Dengan Microsoft Wisepad W7

1. Layan Movie On-The-Go (OTG)

Disebabkan saiz skrin dia 7 inch, memang syok kalau dapat layan movie atau video Didi And Friends jikalau nak di bandingkan layan video dekat smartphone yang skrin dia lebih kecil.

Lebih-lebih lagi jikalau kebetulan kita berada diluar rumah, dan nak melayan kerenah anak-anak.

Macam contoh, kita nak balik kampung, kereta tak ada skrin lcd.

Cara paling terbaik adalah buka movies dekat Wise Pad W7, bagi anak-anak layan sampai tertidur. kita pun senang hati nak drive, hadap jalan sesak.


2. Lagi Puas Nak Main Game

Kadang kala kita perlukan masa untuk berhibur, lepaskan tekanan, main game dekat phone memang menjadi hobi aku.

Sebenarnya aku tak pernah guna OS Window Mobile sebelum ini. Tapi aku sudah usha beberapa game yang terbaik dalam OS Window Mobile, seperti :-

  • AGE OF EMPIRES: CASTLE SIEGE - Game nostalgia masa zaman guna PC dulu ni.
  • MODERN COMBAT 5: BLACKOUT - Hah, game ini pun nampak macam terbaik.
  • ASPHALT 8: AIRBORNE - Asphalt ni game kegemaran aku masa zaman telefon N-Gage dulu.

Main dekat telefon biasa buatkan kita rasa tidak puas, sebab skrin dia kecil, dengan Skrin 7 inci rasanya ia lebih puas dan selesa untuk main game. Silap-silap tak tidur malam sebab duk hadap game punya pasal.


3. Lebih Mudah Nak Update Blog Via Mobile

Aku sendiri pun ada masanya update blog atau menulis entri melalui mobile. Sebab kadang-kadang kita outstation, laptop tak ada, jadi terpaksalah update menerusi mobile. Lagipun kini sudah banyak aplikasi untuk update blog melalui mobile.

Cuma ramai yan tak guna sebab feel menaip dekat telefon berbanding PC/laptop lain rasanya. Namum dalam keadaan terpaksa, memang aku akan guna juga mobile untuk update blog.

Jadi dengan Wise Pad W7 ni, skrin dia yang lebih besar, lebih mudah dan selesa nak menaip entri.

Microsoft Wisepad W7

4. Lebih Selesa Nak Baca E-Book

Membaca memang amalan mulia, nak tambah ilmu kenalah membaca. Aku selalu juga membaca e-book dekat laptop dan telefon aku. Jadi dengan Microsoft Wise Pad W7 ni pastinya akan lebih selesa dan jelas untuk aku membaca.

Aku selalu download e-book berkaitan blogging, photoshop tutorial, adobe illutsrator dan after effects. Biasalah nak tambah ilmu pengetahuan yang baru, yang mana kita tak tahu lagi. Lagi banyak kita membaca lagi banyak benda yang kita tak tahu.


5. Buat Lagu Guna DubStep Pad

Jangan tak tahu aku pun ada bakat terpendam buat lagu. Bukannya aku nak jadi komposer nak buat album tapi aku selalu buat muzik latar untuk video yang aku edit guna after effect. Sebab kalau kita upload video dekat youtube guna lagu yang ada copyright akan ada masalah nanti untuk monetize.

Jadi jalan penyelesaianya adalah aku buat sendiri lagu aku, tak adalah terrer macam DJ Fuzz, agak-agak sesedap halwa telinga pun kira okey la, janji tak kena sound dengan youtube pasal copyright sudah lah.

Nak transfer lagu sangat mudah sebab Microsoft Wise Pad W7 ni supprt OTG sehingga 64GB.


Microsoft Wisepad W7


Kepada yang tak tahu apa itu Microsoft Wise Pad W7 boleh baca spesifikasi dibawah ini.


Spesifikasi:

Snapdragon 210 Processor Qualcomm MSM8909 1.3GHz A7 28nm
GPU: Adreno 304 400MHz + Wireless Display
OS: Windows Mobile 10

4G LTE + WiFi IEEE802.11b/g/n + Bluetooth 4.0
OTG Support + Micro SD up to 64GB.
3200mAh Battery, GPS/A-GPS

16GB eMCP Storage + 2GB LPDDR3 Ram
7 inch IPS LCD, Autofocus Camera with Flash: 5MP(Rear) + 2MP(Front)

Camera Back 1 to 5MP
Camera Front 1-2 MP

Jika anda berminat, boleh dapatkannya di Lazada >> Microsoft Wisepad W7

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
0 Komen untuk "5 Perkara Yang Aku Boleh Buat Dengan Microsoft Wisepad W7"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie