Subscribe Us

header ads

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?

Dah lama juga aku perasaan akan hal ini, sebab beras Faiz pun ada keluar iklan dekat TV. Dan bungkusan dia pun memang nampak sama dengan beras Faiza.

Apakah sebenarnya yang berlaku, disebabkan pembungkusan yang hampir sama ini ada pengguna beras Faiza yang seakan tertipu dan terbeli beras Faiz?

Apa berlkau ini sebenarnya akan menimbulkan kekeliruan terhadap pengguna. Ada yang nak beli beras Faiza terbeli beras Faiz. Dah nampak lebih kurang sama, aku pun boleh pening nak pilih yang mana satu.

Beras Faiza memang sudah dikenali ramai. Nama pemiliknya adalah Puan Faiza atau nama sebenarnya Puan Hajah Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat Faiza Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 1992. Selain daripada beras, Faiza juga terkenal dengan produk rempah ratus mereka.

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?


Dan mana pula datangnya beras Faiz ni?

Dalam satu info aku dapati, Faiz Rice Sdn Bhd ini adalah milik sepenuhnya Tuan Hj. Fikri Bin Abu Bakar. Beliau merupakan anak Puan Faiza, kalau tak silap beliau merupakan anak nombor 3.

Faiz Rice juga adalah milik 100% bumiputera, dan ia bukannya anak syarikat kepada mana-mana syarikat. Malah ia juga bukan ahli Kumpulan BERNAS.

Dalam satu info lagi yang aku dapat tahu bahawa, design logo, packaging dan nama semua brand telah didaftarkan dalam Harta Interlek dan ia adalah milik sah Faiz Rice.

Jika info ini benar, maka sekali lagi orang kita leka dan tidak kisah pasal Harta Interlek.

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?

Keliru: Beras Faiza Vs Beras Faiz?




Sumber :
1. http://tangkapgambar.blogspot.my/2011/03/faiza-beras-poni.html
2. Fan Page Faiz Rice Sdn Bhd

Post a Comment

2 Comments

  1. Beres ciplak abis design faizal.. dah xde idea Sgt la tu. Tumpang popularity. Aku pn dh terkena. Nk beli brand faiza, sampai rumah tgk xde logo bersama mu.. baca blik betul2 herm..hampeh xkan nk buang mkn jela

    ReplyDelete
  2. Nk tahu beras Faiz ni kelaran bumiputera atau tidak, tgk tempat letak beras ni di pasar raya atau kedai. Kalau di depan dan diutamakan, faham2 ejelah sapa punye. Sama keadaan mcm nasib minyak masak Saji keluaran Felda.

    ReplyDelete