Info Terkini
Loading...

Air Mata P. Ramlee Di Kuala Lumpur

P. Ramlee muncul dalam filem pertamanya iaitu Chinta (1948). Bukan sebagai watak utama, dia hanya memainkan peranan sebagai seorang penjahat dan suaranya digunakan untuk nyanyian latar.

Dan filem pertama P. Ramlee diberi kepercayaan memegang watak utama adalah dalam filem Bakti (1950) yang mana L. Krishnan menjadi pengarah filem tersebut.

Cita-cita P. Ramlee tinggi, dia mengorak langkah menjadi seorang pengarah menerusi filem arahan pertama beliau iaitu Penarek Becah (1955).

Bakat P. Ramlee dalam bidang muzik juga tidak kurang hebatnya, dalam filem Penarek Becha, P. Ramlee turut mencipta lagu pertama beliau iaitu lagu Azizah untuk menjadi lagu soundtrack filem tersebut.

Lagu Azizah ini sebenarnya ada dua versi, lagu asalnya dipersembahkan bersama Orkes Teruna Sekampung sekitar tahun 1940. Dan lagu ini telah digubah semula untuk filem Penarek Becha.


Tahukah anda, satu-satunya filem yang P. Ramlee jadi pengarah tetapi beliau berlakon adalah Pancha Indera (1957), dia hanya menjadi suara latar kepada filem tersebut.

Air Mata P Ramlee Di Kuala Lumpur


Tidak menunggu lama nama P. Ramlee harum diperingkat Asia. Aku senaraikan hanya anugerah yang beliau terima diperingkat tertinggi sahaja, ada banyak lagi anuregah yang seniman ini dapat, nanti korang boleh godek sendiri dekat google.com

Lagu P. Ramlee diiktiraf diperingkat antarabangsa, apabila lagu ciptaan beliau dalam filem Hang Tuah (arahan Phani Majumdar) mendapat Anugerah Pencipta Lagu Terbaik pada Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong.

Hasil air tangan P. Ramlee diiktiraf dalam Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo, menerusi filem Anakku Sazali (1956). P. Ramlee menjadi anak Melayu pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Asia.

Tahukah anda, P. Ramlee hanya muncul dalam 3 filem yang dibuat dalam berwarna - Hang Tuah, dua filem P. Ramlee menjadi artis undangan iaitu Love Parade dan Melanchong Ke-Tokyo.


Dibawah adalah video lagu duet P. Ramlee dan Saloma sedutan daripada filem Love Parade. Mereka nyanyikan lagi Bengawan Solo.


Selepas itu, menerusi filem Pendekar Bujang Lapok (1959) sekali lagi karya P. Ramlee diangkat tinggi, beliau memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik Asia dalam Festival Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur.

Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, sekali lagi filem P. Ramlee dianugerahkan Filem Komedi Terbaik untuk filem Nujum Pa' Belalang.

Pada Festival Filem Asia ke-10, nama P. Ramlee sekali lagi berkumandang di Tokyo dan disanjung dengan gelaran The Most Versatile Talent menerusi filem Ibu Mertuaku (1962).

Festival Filem Asia ke-11 di Taipei filem komedi arahan P. Ramlee iaitu Madu Tiga turut mendapat anugerah Filem Komedi Terbaik.

Dan filem Ibu Mertuaku mendapat Anurgerah Khas di International Film Festival, Paris (1965):
'Special Mention'

P. Ramlee berhijrah dari Jalan Ampas, Singapura  ke Kuala Lumpur pada 1964 Ahmad, iaitu 3 tahun lebih sebelum Studio Jalan Ampas di tutup pada tahun 1967.

Filem Tiga Abdul merupakan filem terakhir yang P. Ramlee hasilkan semasa berada di Singapura.

Filem terakhir P. Ramle adalah Laxmana Do Re Mi (1972), kita semua tahu ia adalah kesinambungan siri filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi yang di terbitkan pada tahun 1966.

Cukup ironinya kisah P Ramlee ini adalah lagu terakhir ciptaan beliau adalah Air Mata di Kuala Lumpur. Lagu ini dicipta pada tahun 1973, sebelum beliau meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Dalam lagu itu dia curahkan segala rasa kecewa.

Kenapa P. Ramlee merasa begitu kecewa. Selepas berhijrah ke Kuala Lumpur karya P. Ramlee dikatakan tidak sehebat karya beliau semasa di Singapura.

Air Mata Di Kuala Lumpur - Lirik

air mata di kuala lumpur
jatuh berderai hancur
aku menangis tidak terhingga
putus kasih yang tak ku duga
dikau pergi tak tinggal pesan

hancur musnah impian mulia
istana ku bina menjadi pusara
gelaplah pasti masa hadapan
jiwaku merayu utara dan selatan

hidup sudah tiada bererti
zahirku hidup batinku mati
remuk redam hatiku hancur
air mata di kuala lumpur
(repeat)

...

Music: P Ramlee
Lyrics: P Ramlee
Vocals: Saloma


Kisah Sedih di Studio Jalan Ampas.


Cerita kisah perjalanan P. Ramlee memang gah, namum di pengakhiran kisah hidupnya diceritakan dengan kisah penuh selumbar pilu, betul ke begitu mudah seniman agung seperti beliau jatuh tersungkur?

Gambaran nasib anak seni selepas zaman penutupan Studio Jalan Ampas boleh kita baca dalam satu temuramah Datuk Aziz Sattar dalam akhbar Utusan Malaysia 2013.[4]

"Saya sudah mengetahuinya lebih awal apabila seorang rakan meminta saya bersedia kerana katanya studio itu akan ditutup dalam tempoh enam bulan lagi. Apabila saya beritahu kawan-kawan lain, mereka tidak percaya tetapi saya tetap mengambil langkah berhati-hati dengan mula membayar hutang sedikit demi sedikit kepada lima kedai kopi yang berada di sekitar studio tersebut.

"Akhirnya perkara itu menjadi kenyataan. Dalam tempoh dua minggu sebelum studio itu ditutup, kami dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pengurus, Kwek Chip Jian. Keadaan menjadi suram dengan masing-masing bimbang mengenai masa depan sehingga sukar untuk kami melelapkan mata pada waktu malam," katanya.

"Keadaan ketika itu sukar digambarkan. Ada yang menangis, ada pula yang berpelukan. Paling kasihan melihat mereka yang banyak berhutang," katanya.

aziz sattar cerita studio jalan ampas


Namum sebelum Studio Jalan Ampas ditutup, P. Ramlee awal-awal lagi sudah pergi ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, P. Ramlee bekerja dibawah Merdeka Film Productions juga milik Shaw Brothers, jadi P Ramlee langsung tidak terkesan dengan terkuburnya studio ini.

Namum di Kuala Lumpur sememangnya zaman kejatuhan P. Ramlee, tidak sama seperti apa yang beliau capai semasa di Singapura.

Ahmad Nawab sangkal dakwaan bahawa P. Ramlee jatuh miskin ketika dipenghujung hidupnya. Berikut adalah fakta yang cuba dibetulkan oleh Ahmad Nawab, sahabat baik P. Ramlee. dalam satu temuramah diakhbar.[5]

Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee bukanlah sedikit. Untuk sebuah filem sahaja, seniman itu dibayar RM25,000. Sekitar tahun 60-an, sudah semestinya wang sebanyak itu bukanlah satu jumlah yang sedikit.

P.Ramlee adalah satu-satunya individu yang dibayar gaji setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.

Malah, sewaktu P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir, Saloma memegang sebuah fail. Fail itu sebenarnya ada polisi insuran yang bernilai RM100,000. Ketika itu, wang sejumlah itu bukanlah kecil.

Masa satu cerita yang betul pun aku tak pasti. Jika benar apa yang diceritakan oleh Ahmad Nawab kemana perginya duit gaji P. Ramlee?

Lagi satu cerita yang aku baca, di penghujung hayatnya beliau sudah diberhenti oleh Shaw Brothers dan syarikat rakaman EMI. Setakat ini masih belum jumpa sumber darimana cerita ini.

Namum filem terakhir adalah Laxamana Do Re Mi di terbitkan pada tahun 1972. Jadi tempoh masa P. Ramlee berkelana selepas keluar daripada naungan Shaw Brother tak sampai setahun. Malah selepas itu dia dikatakan giat cuba membina syarikat produksi sendiri bersama rakan-rakan seperjuangan, namum usaha itu gagal.


Rujukan:

1). http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Seni_Seniman.htm
2). https://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee
3). https://ms.wikipedia.org/wiki/Malay_Film_Productions_Ltd
4). Utusan Malaysia, Edisi 30 November 2013
5). http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/fakta-salah-tentang-p-ramlee-1.208862
0 Komen untuk "Air Mata P. Ramlee Di Kuala Lumpur"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie