
Selepas hampir 6 bulan lebih Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dibuka dan digunakan oleh orang ramai. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mula melaksanakan kutipan tol di LPT2 bermula pada 15 Julai 2016, Jam 12.01 AM.
LPT2 adalah lebuhraya 4 lorong 2 hala yang bermula dari Jabor, Pahang sehingga ke Kampung Gemuroh, Terengganu dengan panjangnya adalah 184 kilometer.
Kadar Tol Di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Kadar Tol yang akan dikenakan di Lebuhraya Pantai Timur 2 ini adalah 12 sen/km untuk jenis kenderaan Kelas 1 (Kereta).Jika dari Plaza Tol Kuala Terengganu hingga ke Plaza Tol Cheneh, jumlah tol adalah RM19.70.


Namum setelah cuba untuk membuat semakan kadar tol di http://kadartol.llm.gov.my/ , senarai untuk LPT masih boleh diwujudkan lagi.
LPT2 akan menggunakan sistem tol tertutup, dimana kadar tol akan dikira mengikut jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.
Senarai Plaza Tol di LPT2 :
- Plaza Tol Cheneh
- Plaza Tol Chukai
- Plaza Tol Kijal
- Plaza Tol Kerteh
- Plaza Tol Paka
- Plaza Tol DUngun
- Plaza Tol Bukit Besi
- Plaza Tol Ajil
- Plaza Tol Telemong
- Plaza Tol Kuala Terengganu

Ketua Pengarah LLM ketika menjelaskan perlaksaan kutipan tol ini adalah untuk tujuan :-
- Pembiayaan kos penyelenggaraan dan operasi.
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat
- Menyediakan kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya tersebut.
1 Comments
Mahal...cekik darah...merangkak la...
ReplyDelete