Info Terkini
Loading...

Petua Mengatasi Insomnia

Ada sesetengah orang, mereka mengalami masalah susah nak tidur malam. Kesukaran untuk tidur ini dipanggil insomnia.

Jika anda ada masalah gangguan untuk tidur dan sering tidur dilewat malam. Sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada tubuh badan, apatah lagi jika mereka terpaksa bangkit diawal pagi untuk pergi ke tempat kerja.

Petua Mengatasi Insomnia


Berikut adalah beberapa tips atau petua untuk mengatasi masalah insomnia.

1. Minum air panas sebelum tidur.

Apabila anda masih berjaga dilewat malam, mata masih belum mengantuk. Cuba minum air panas untuk merangsang otak untuk merasa tenang.

2. Bersenam atau bersukan pada sebelah petang

Tujuan kita bersenam selain daripada untuk menyihatkan tubuh badan, ia juga akan membuatkan badan merasa letih, jadi pada sebelah malamnya pasti tubuh perlukan rehat dan anda akan rasa mengantuk.


3. Latih diri untuk tidur awal

Sebolehnya cuba elakkan daripada tidur lewat, biasakan diri untuk masuk tidur lebih awal. Ini adalah untuk tujuan setkan minda anda supaya tidur awal pada setiap hari.


4. Dapatkan nasihat doktor

Jika insomnia yang anda alami sudah sampai tahap parah, cuba dapatkan nasihat daripada doktor pakar untuk mengatasi masalah anda ini.
0 Komen untuk "Petua Mengatasi Insomnia"

 
Copyright © 2016 Bicara Semasa - All Rights Reserved
About Us | Privacy Policy | Sitemap
Original By : Catatan Info | Re-Design By : Eddie